About

Friday 22 November 2019

PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL MASJID AL- ADLY, LUMUT

Sedang berlangsung sekarang pada 22 November 2019, Program Sambutan Maulidur Rasul 1441H di Masjid Al-Adly, Lumut.
Program anjuran Jawatankuasa Masjid Al Adly, Lumut dan KRT Lumut berjaya menarik muslimin dan muslimat berkumpul di Masjid Al-Adly.

Kehadiran Orang Besar Jajahan Manjung YDH Toh Seri Bijaya Lt. Kol.(B) Dato' Shaharudin Bin Haji Nazari bersama komuniti setempat menyerikan lagi majli.

Majlis dimulai dengan bacaan maulid dan selawat daripada kumpulan Qasidah Al-Basya'ir.
Tetamu jemputan adalah Sheik Abdul Khaliq As-Suwady daripada Maahad Tahfiz Al Razi, Batang Kali, Selangor dan Al Fadil Ustaz Haji Mohd Zaki Bin Zakaria daripada Universiti Kuala Lumpur ( UniKL Mimet) yang bertindak sebagai penterjemah bahasa kepada ceramah Sheik Khalid As-Suwady.

"...Kehadiran anda semua pada malam ini adalah kerana manifestasi anda terhadap kepatuhan anda kepada Allah SWT dan kecintaan anda kepada Nabi Muhammad SAW"...begitulah apa yang di ucapkan oleh Sheik Abdul Khaliq As- Suwady yang berasal daripada Negara Yaman.

Semoga program majlis ilmu untuk menyayangi dan mencintai Rasulullah terus diadakan saban tahun apabila tiba bulan mulia Rabiulawal bagi memupuk generasi muda mengetahui sirah keagungan seorang nabi yang telah membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya, kejahilan kepada kenyataan dan kehinaan kepada kemasyhuran.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung







0 Comments:

Post a Comment