About

Thursday, 14 November 2019

PROGRAM "BIG CLEANING DAY" MPM BERSAMA KOMUNITI PULAU PANGKOR - 14.11.2019

Pagi ini, di Pantai Peranginan Teluk Nipah, Pulau Pangkor sedang berlangsung Program Gotong Royong Perdana "Big Cleaning Day" Majlis Perbandaran Manjung bersama agensi kerajaan, swasta dan persatuan komuniti Pulau Pangkor. Agenda utama adalah membersih persisiran pantai dan juga membersih longkang utama di Teluk Nipah.

Program dihadiri dan dirasmikan oleh Yang DiPertua Majlis Perbandaran Manjung, Tuan Syamsul Hazeman Bin Md Salleh. Antara agensi kerajaan yang turut hadir adalah Pejabat Kesihatan Manjung, IPD Manjung Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Jabatan RELA, APM, Jabatan Kesihatan Dan Perkhidmatan Bandar, Unit Lanskap Majlis Perbandaran Manjung dan disokong oleh agensi swasta yang terdiri daripada Sapura Energy Berhad dan E-Idaman Sdn Bhd serta komuniti Pulau Pangkor daripada Kelab Beach Guard (Boy), Kelab Scuba Pangkor, Pengusaha Hotel dan Chalet, Persatuan Penjaja Pangkor, Combi Pulau Pangkor dan komuniti setempat.

Kelihatan juga 3 orang Ahli Majlis Perbandaran Manjung yang turut hadir adalah Komander (B) Nordin Bin Ahmad, Encik Shamsul Izwan Bin Sulaiman dan Puan Nik Noorazizah Binti Hamzah turut bersama-sama dengan Ketua Jabatan / Unit, Majlis Perbandaran Manjung menitis peluh mengutip sampah sarap sepanjang pantai tersebut.

Semoga sumbangan yang telah dihulurkan oleh setiap agensi kerajaan dan swasta serta persatuan setempat pada hari ini dapat membantu menceriakan dan membersihkan kawasan pantai peranginan Teluk Nipah sempena menuju Pulau Pangkor Bebas Cukai 2020.

Harapan, semoga banyak lagi program kerjasama seperti ini dapat dilaksanakan di masa hadapan oleh agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan untuk
membangunkan keindahan di Pulau Pangkor Bebas Cukai 2020.


Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung










0 Comments:

Post a Comment