Kolej Taj International (TIC Ipoh) pagi ini menjalankan aktiviti
kemasyarakatan di Dewan Komuniti Nelayan Kg Labohan Bilik, Teluk
Senangin.
Seramai 25 orang pensyarah dan pelajar kolej tersebut menyantuni anak-anak nelayan di dalam Program Khidmat Masyarakat.
Pelbagai program telah dianjurkan termasuklah zumba, terapi melukis,
aktiviti sukan bersama anak-anak nelayan dan pembahagian hadiah dan
menyantuni golongan B40 di kawasan setempat.
Seawal pagi senaman zumba dijalankan bersama anak-anak nelayan yang
kelihatan bergembira dengan aktiviti tersebut hinggakan ada yang minta
lagi berzumba.
Aktiviti yang membawa nilai-nilai murni membersih dan mengutip sampah di persisiran pantai yang berobjektifkan untuk menyemai semangat kerjasama bergotong royong dan mengeratkan hubungan sesama pelajar dan komuniti setempat.
Walaupun sampah tetap ada setiap masa di persisiran pantai ini tetapi kepuasan terpacar di setiap wajah pensyarah dan pelajar TIC ini kerana dapat menyumbang sedikit khidmat masyarakat kepada komuniti setempat.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung.

0 Comments:
Post a Comment