About

Saturday 28 December 2019

MAJLIS PELANCARAN GERAK KERJA RAKAN TAMAN 2019 MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

Majlis Pelancaran Gerakan Rakan Taman 2019 Majlis Perbandaran Manjung sedang berlangsung di Padang Awam Taman Manjung Point Seksyen 1, Seri Manjung yang telah dirasmikan oleh Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung Encik Mohd Helmi Bin Arifin.

Majlis diserikan dengan penyampaian 8 jenis anak pokok buah-buahan seperti ciku, limau nipis, limau purut, belimbing, durian belanda, belimbing buluh, kedondong dan jambu madu, baja, tanah hitam dan peralatan mesin rumput sandang, hand blower dan pasu bunga. 

 Majlis penyampaian disempurnakan oleh Tuan Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung kepada 5 Pengerusi Rakan Taman Majlis Perbandaran Manjung terdiri daripada Rakan Taman Fasa 2 Gabungan (Fasa 2D, 2E, 2F dan 2G) Taman Kiara, Taman Manjung Point Seksyen 1, Sitiawan Barat dan Taman Sungai Wang, Ayer Tawar.

Program sebentar tadi juga di isi dengan pengisian taklimat dari Jabatan Kesihatan Dan Perkhidmatan Bandar iaitu pembuatan baja kompos daripada sisa makanan kepada komuniti.

Rakan Taman adalah satu entiti yang diwujudkan oleh Jabatan Landskap Negara (JLN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dibawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Gerakan Rakan Taman pula adalah bagi dijadikan platform untuk menggalakkan komuniti bandar melaksanakan pelbagai aktiviti termasuk pertanian bandar dan aktiviti gotong royong sambil beriadah di taman-taman awam dan taman-taman kejiranan.

Objektif utama program adalah untuk memberi galakan kepada komuniti bandar untuk melaksanakan kerja sukarelawan bagi menyelenggara dan melakukan pembaikan kecil fasiliti serta kemudahan landskap di taman awam agar lebih selamat digunakan oleh komuniti.

Semoga usaha murni yang dilaksanakan pagi ini mampu menyemai kesedaran di kalangan komuniti untuk menzahirkan sifat sayang terhadap landskap di persekitaran mereka.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung











0 Comments:

Post a Comment