Program " Santuni Pantai Kita " anjuran Jawatan kecil Persatuan
Kebajikan Prihatin Sosial Negeri Perak (Daerah Manjung), dengan
kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Manjung, Sukarelawan JKM
Negeri Perak, MPKK Batu 3 Segari dan Majlis Perbandaran Manjung.
Program di rasmikan oleh Cik Nurul Nabilah Binti Ramli, Pegawai
Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Manjung.
Seawal pagi senamrobik zumba telah diadakan yang telah disertai oleh peserta-peserta program gotong royong.
Kebanyakan pihak melihat program gotong royong adalah satu perkara
biasa tetapi sebenarnya ianya adalah "2 dalam 1" iaitu yang nampak pada
mata kasar adalah membersih kawasan sahaja tetapi yang tersirat adalah
permuafakatan dan kerjasama baik antara komuniti dan agensi kerajaan
didalam menyumbang khidmat komuniti di dalam menjaga kebersihan pantai
awam.
Semoga sumbangan kecil yang dicurahkan pada pagi ini memberi kesan yang positif kepada pengunjung pantai yang lain untuk mengorak langkah bagi menjaga kebersihan pantai dan tempat awam yang lain tidak kira dimana sahaja.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
Semoga sumbangan kecil yang dicurahkan pada pagi ini memberi kesan yang positif kepada pengunjung pantai yang lain untuk mengorak langkah bagi menjaga kebersihan pantai dan tempat awam yang lain tidak kira dimana sahaja.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
0 Comments:
Post a Comment