"...Dunia masakini yang penuh dengan cabaran..cabaran kepada peranan
ibu bapa untuk melahirkan generasi berilmu dan berakhlak kearah
kecemerlangan dunia dan akhirat..." itulah intipati yang boleh diambil
dari ucapan perasmian Program Tahfiz Intergrasi An Nur 3.0.
Pagi
ini bertempat di Pusat LatihanTahfiz Intergrasi (PTI) An Nur Kampung
Teluk Pencalang, Pasir Panjang sedang berlangsung Majlis Perasmian
Program Pendaftaran Tahfiz Intergrasi An Nur Siri 3.0 anjuran Yayasan
Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM).
Perasmian program telah dilakukan oleh Laksamana Dato' Pahlawan Haji
Sulaiman Bin Muhamad yang juga Pengerusi Masjid An-Nasriyah, Sitiawan
yang telah mewakili bagi pihak Orang Besar Jajahan Manjung (OBJ) YDH Toh
Seri Bijaya Lt.Kol (B) Dato' Shaharudin Bin Haji Nazari.
Seramai 24 orang peserta telah terpilih oleh PTI An Nur bagi siri ke-3 kali ini setelah berjaya melalui tapisan yang ketat. Tahniah diucapkan kepada pelajar dan ibubapa semua yang berjaya dan mendaftar sebagai pelajar baru untuk menjadi insan yang soleh dan solehah disamping berjiwa kental menghadapi hari-hari mendatang.
Anak adalah saham akhirat ibubapa jika dapat ditarbiyahkan sejak kecil dengan kalam Al-Quran didalam dada walaupun berjawatan tinggi dan profesional sehebat manapun, letaklah..campaklah walau dimana sahaja, hanya Allah dan Rasul sahaja yang menjadi ikutan dan pendindingnya.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung

0 Comments:
Post a Comment