About

Sunday 15 December 2019

PROGRAM GOTONG ROYONG KECERIAAN MPKK BATU 8 LEKIR

Pagi ini bertempat di Dewan Tuan Haji Alwi Yaakob, Batu 8 Lekir, Sitiawan sedang berlangsung Program Gotong Royong Keceriaan anjuran MPKK Batu 8 Lekir.

Majlis penutupan program telah di sempurnakan oleh ADUN Pasir Panjang, Tuan Haji Yahaya Bin Mat Nor. 

Turut hadir adalah isteri ADUN Puan Hajah Fadzilah Binti Alias, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung Zon 11 (Lekir), Puan Nik Noorazizah Binti Hamzah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Zon 11 (Lekir) dan Encik Asparul Bin Mustapa, Pegawai KEMAS Zon Lekir.

Program gotong royong keceriaan menanam pokok bunga spesis Alamanda sebanyak 100 pokok yang telah disumbangkan oleh Unit Landskap, Majlis Perbandaran Manjung.

Selain daripada itu diadakan juga program mengecat pagar SK Lekir Batu 8, Lekir, mengecat dinding Dewan oleh pelajar Giat Mara, pembersihan dan meratakan tanah di Jalan Darat Jelutong, Batu 8 dan pertandingan melukis, mewarna bagi kanak-kanak berumur 7 tahun kebawah anjuran Tabika KEMAS Batu 8, Lekir.

Objektif program adalah bagi memupuk dan mengeratkan hubungan silatturahim pemimpin bersama komuniti Batu 8 di dalam aktiviti yang telah dijalankan.

Bahagian Kemasyarakatan,
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung







0 Comments:

Post a Comment