About

Saturday 14 December 2019

PROGRAM KEMASYARAKATAN MSU KE RUMAH WAWASAN ANAK-ANAK YATIM

Rumah Wawasan Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Yatim Manjung Perak, Taman Desa Manjung Point hari ini dikunjungi oleh 30 orang Pelajar terdiri daripada Diploma Pengurusan, Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Diploma Rekabentuk Grafik dan 2 guru pengiring dari Kolej Management & Science University (MSU) Sg. Petani, Kedah bagi menjayakan Program "Edu-Charity Trip".

Pagi ini program santuni kanak-kanak yatim dengan penyerahan barangan keperluan harian, permainan minda, gotong royong membersih halaman rumah, membersih setor peralatan dan pelbagai lagi dan pada waktu petang nanti akan melaksanakan program gotong royong membersih pantai peranginan Teluk Batik dan pada keesokan harinya akan ke Pantai Peranginan Teluk Nipah untuk melaksanakan program yang sama.

Objektif program adalah bagi membantu dan mendidik pelajar menghayati nilai-nilai kemanusiaan dengan mendekati komuniti yang tidak bernasib baik disamping memberi pendedahan kepada pelajar untuk menjiwai semangat gotong royong, menyemai perasaan kasih sayang kepada kanak-kanak tanpa mengira bangsa dan agama dan berjiwa murni.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






0 Comments:

Post a Comment