About

Saturday, 30 November 2019

PROGRAM KARNIVAL "LET'S" IMARAH MASJID 2019 - MASJID NURUL HIDAYAH

Hari ini masih berlangsung Program Karnival Let's Imarah Masjid 2019 di perkarangan Masjid Nurul Hidayah, Masjid Daerah Manjung, Seri Manjung.

Imarah yang membawa dua (2) maksud pertama membina, memelihara dan membaiki jika perlu dan yang ke-2 nya bermaksud mengunjungi masjid sebagai amalan lazim. 

Program pagi ini memaparkan intitusi masjid bukan sekadar tempat ibadah semata-mata tetapi adalah juga sebagai pusat penyatuan ummah, pusat komuniti setempat dan kebergantungan masyarakat dari sudut sosial dan ekonomi.

Program anjuran Masjid Nurul Hidayah dengan kerjasama Pejabat Daerah Dan Tanah Manjung, Majlis Perbandaran Manjung, Pejabat ADUN Pasir Panjang, Jabatan Kesihatan, PDRM dan lain-lain agensi kerajaan pusat dan negeri serta NGO di Daerah Manjung.

Pelbagai program diadakan sejak awal pagi tadi termasuklah majlis berkhatan, fun ride, pertandingan hafazan al quran, azan, khutbah, masakan, Fifa ps4, sepak takraw, street soccer dan program forum perdana serta malam kesenian islam di waktu malam nanti.

Semoga usaha bagi penyatuan komuniti di dalam satu program dengan penglibatan bersama agensi kerajaan, swasta dan NGO kearah mewujudkan perpaduan masyarakat setempat.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung





PROGRAM GOTONG ROYONG KOMUNITI TAMAN MANJUNG BARU

Pagi ini di Taman Manjung Baru, Seri Manjung aktiviti gotong royong komuniti taman perumahan bersama Majlis Perbandaran Manjung, Jabatan Kesihatan Persekitaran Dan Perkhidmatan Bandar Zon 1. 

Aktiviti tertumpu kepada menebang dan memangkas dahan-dahan pokok yang merbahayakan komuniti taman dan juga mengorek tanah sekeliling jalan bertar taman bagi membina parit @ longkang pasir untuk mengalirkan air keluar daripada memasuki rumah komuniti yang akan terjejas apabila berlaku hujan lebat.

Lokasi perumahan komuniti yang terjejas di masuki air apabila hujan lebat berlaku adalah kediaman komuniti yang bersempadanan menghadap lot tanah yang ditanami pokok kelapa sawit dan pokok getah di belakang Taman Manjung Baru.

Program anjuran Jawatankuasa Penduduk Taman Manjung Baru yang baru menerima bantuan peruntukan Geran Komuniti ini bermula seawal pagi tadi dan masih terus berjalan hingga kini.

Berbekal semangat gotong royong dan peruntukan Geran Komuniti yang telah diperolehi akan menjadi nilai tambah kepada warga taman ini untuk terus mewujudkan persekitaran yang harmoni, ceria dan selamat untuk komuniti.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung





PROGRAM "BEACH CLEANING" UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA DI TELUK SENANGIN

Pantai Teluk Senangin pagi ini dikunjungi oleh Rektor Prof. Sr Dr Md Yusof Bin Hamid, Pensyarah Dr. Sallehan Bin Ismail dan 38 orang Pelajar UiTM Seri Iskandar Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka melaksanakan program aktiviti khidmat masyarakat mengutip sampah dan pembersihan kawasan pantai.

Pantai peranginan Teluk Senangin menjadi destinasi pilihan kunjungan UiTM FSLSR hari ini memandangkan musim cuti persekolahan telah bermula dan pantai peranginan ini secara tidak langsung menjadi tumpuan awam untuk beristirehat dan banyak aktiviti pembuangan sampah bakal berlaku.

Justeru itu, program murni pada pagi menjurus kepada mengutip sampah disamping memberi pendidikan nilai-nilai baik dan terpuji kepada pengunjung pantai peranginan agar bersama-sama menjaga kebersihan kawasan pantai perkelahan agar kekal bersih, selesa dan selamat untuk dikunjungi.

Semoga usaha murni yang di telah sumbangkan oleh UiTM pada pagi ini memberi impak yang baik kepada tindakan bersih dan indah Local Agenda 21 Majlis Perbandaran Manjung. 

Terima kasih UiTM Seri Iskandar.."keep clean beaches.." sepertimana pekikan semangat pelajar di awal program tadi.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung





Wednesday, 27 November 2019

PROGRAM MAKAN MALAM DAN MENANDATANGANI MoU RAKAN STRATEGIK SK PANTAI REMIS

Sedang berlangsung sekarang Program Makan Malam Dan Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Rakan Strategik SK Pantai Remis.

Program di anjurkan di Cafe Bougainvillea, SK Pantai Remis, Pantai Remis. 

SK Pantai Remis asalnya sebuah sekolah persisir pantai yang serba kekurangan dan menghadapi masalah kedatangan pelajar tetapi telah berubah wajah kini dengan mencapai pelbagai kejayaan dan kecemerlangan serta kehadiran pelajar yang konsisten hasil daripada kejujuran Guru Besar dan Guru-Guru yang bersemangat waja dan berwibawa.

Kehadiran Pegawai Daerah Manjung, Dato' Haji Mohamad Fariz Bin Mohamad Hanip, Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Dr. Mohd Suhaimi Bin Mohamed Ali sebagai saksi kepada 5 rakan strategik termasuk Majlis Perbandaran Manjung yang telah di hadiri oleh Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung, Encik Mohd Helmi Bin Arifin, Encik Mohamad Akhir Bin Abdul Latif, dari Pejabat Pendidikan Daerah Manjung, Pegawai Cenergy Sea Sdn Bhd, Agrobank, BSN dan 21 rakan kolabarasi SK Pantai Remis.

Semoga dengan hubungan strategik yang telah terjalin ini dapat memberi dan membantu sekolah serta pelajar di dalam bentuk bantuan kerjasama yang banyak memberi manfaat.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung





Monday, 25 November 2019

PROGRAM SMART START 2nd HONEYMOON

Kejora Garden Resort, Pulau Pangkor pada hari ini berlangsung Majlis Penutupan Program Smart Start 2nd Honeymoon.

Program selama 3 hari mulai 22-24 November 2019 anjuran bersama Persatuan Veteran MAYC Negeri Perak dan Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara ( LPPKN).
Y.Bhg Dato' Tuan Haji Hamdi Bin Abu Bakar bertindak sebagai Penasihat Kelab Veteran MAYC Negeri Perak.

Program adalah bagi menghayati dan mengimbau kembali perasaan cinta dan kasih sayang yang pernah di alami oleh peserta yang hadir yang terdiri daripada pesara kerajaan dan swasta. Hubungan kasih sayang "seperti kata pepatah " ..untuk melahirkan pasangan veteran bahagia hendaklah bermula daripada pasangan muda sekarang.."Baiti Jannati..Rumahku Syurgaku..

Perasmian penutup program telah disempurnakan oleh Encik Ismail Bin Ibrahim, Penolong Pegawai Pelancongan yang mewakili pihak Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung





Saturday, 23 November 2019

PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL MASJID AL-KHAIRIAH, BATU 14 LEKIR

Malam ini, Masjid Al-Khairiah Batu 14, Lekir menjadi lokasi sambutan Maulidur Rasul 1441H sempena bulan Rabiulawal.

Rabiulawal adalah bulan dimana lahirnya seorang insan yang amat teristimewa. Lahirnya membawa rahmat pada sekalian alam.

Program anjuran Pemuda Kg Batu 14 Lekir dengan kerjasama MPKK Batu 14, Masjid Al-Khairiah serta Jawatankuasa Penduduk Zon 11 Lekir, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung Puan Nik Noorazizah Binti Hamzah.

Malam penghayatan Islam yang diadakan ini adalah bagi memperingati bulan Rabiulawal, bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Program di meriahkan dengan bacaan maulid memuji-muji kebesaran Allah SWT dan baginda Nabi Rasulullah Muhammad SAW.

Program juga diselitkan dengan majlis penyampaian barang keperluan harian Projek ERAT Majlis Perbandaran Manjung kepada 40 orang asnaf yang layak di Zon Lekir.

Kemunculan penceramah bebas jemputan khas Al - Fadil Ustaz Wadi Anuar Bin Ayub, pengasas dan pengerusi Akademi Darul Iftak amat dinanti-nantikan oleh hadirin bagi memenuhi sesi penyampaian ceramah majlis ilmu "Akhir Zaman" menjadikan program sunyi sepi kerana menghayati setiap tutur kata yang penuh berhikmah daripada Al-quran dan Hadith yang di sampaikannya.

Akhlak terbaik dan terpuji Baginda Rasulullah Muhammad SAW perlu menjadi ikutan, selawat kepada baginda Rasulullah sebagai penghapus dosa. Kehebatan selawat akan terbukti semasa di padang Mashyar iaitu orang-orang yang paling banyak berselawat di dunia akan berada paling hampir bersama Nabi Muhammad SAW di Padang Mashyar kelak.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






Friday, 22 November 2019

PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL MASJID AL- ADLY, LUMUT

Sedang berlangsung sekarang pada 22 November 2019, Program Sambutan Maulidur Rasul 1441H di Masjid Al-Adly, Lumut.
Program anjuran Jawatankuasa Masjid Al Adly, Lumut dan KRT Lumut berjaya menarik muslimin dan muslimat berkumpul di Masjid Al-Adly.

Kehadiran Orang Besar Jajahan Manjung YDH Toh Seri Bijaya Lt. Kol.(B) Dato' Shaharudin Bin Haji Nazari bersama komuniti setempat menyerikan lagi majli.

Majlis dimulai dengan bacaan maulid dan selawat daripada kumpulan Qasidah Al-Basya'ir.
Tetamu jemputan adalah Sheik Abdul Khaliq As-Suwady daripada Maahad Tahfiz Al Razi, Batang Kali, Selangor dan Al Fadil Ustaz Haji Mohd Zaki Bin Zakaria daripada Universiti Kuala Lumpur ( UniKL Mimet) yang bertindak sebagai penterjemah bahasa kepada ceramah Sheik Khalid As-Suwady.

"...Kehadiran anda semua pada malam ini adalah kerana manifestasi anda terhadap kepatuhan anda kepada Allah SWT dan kecintaan anda kepada Nabi Muhammad SAW"...begitulah apa yang di ucapkan oleh Sheik Abdul Khaliq As- Suwady yang berasal daripada Negara Yaman.

Semoga program majlis ilmu untuk menyayangi dan mencintai Rasulullah terus diadakan saban tahun apabila tiba bulan mulia Rabiulawal bagi memupuk generasi muda mengetahui sirah keagungan seorang nabi yang telah membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya, kejahilan kepada kenyataan dan kehinaan kepada kemasyhuran.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung







Wednesday, 20 November 2019

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA SK PANTAI REMIS - 20 NOV 2019

Sedang berlangsung sekarang Program Gotong Royong Perdana di SK Pantai Remis, Pantai Remis.

Program anjuran SK Pantai Remis dan Jawatankuasa Persekitaran Keselamatan PIBG dengan kerjasama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, TNB, Telekom dan Jabatan Kesihatan Persekitaran Dan Perkhidmatan Bandar Zon 3 Majlis Perbandaran Manjung.

Program gotong royong tertumpu kepada aktiviti membersih kawasan persekitaran sekolah dan memangkas dahan pokok yang merbahayakan kepada komuniti dan warga sekolah tersebut.

Semoga hubungan kerjasama dan konsep gotong royong yang di amalkan dapat memberi manfaat kepada komuniti disamping mengeratkan hubungan strategik antara agensi.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung





Tuesday, 19 November 2019

PROGRAM JIWA MURNI KD SRI INDERA SAKTI DI PANTAI PASIR PANJANG

Program Jiwa Murni Armada KD Sri Indera Sakti, Tentera Laut DiRaja Malaysia yang berpangkalan di Lumut telah diadakan di persisiran Pantai Pasir Panjang pagi tadi berhampiran Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu, Segari, Lumut.

Program anjuran KD Sri Indera Sakti tersebut dengan anggota seramai 60 orang dibantu dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Persekitaran Dan Perkhidmatan Bandar Zon 3 Majlis Perbandaran Manjung yang menyediakan tong sampah armroll.

Semoga program khidmat masyarakat yang diberikan ini dapat meringankan bebanan, memberi manfaat kepada komuniti yang menggunakan keindahan pantai sebagai tempat berkelah dan hidupan marin seperti penyu yang menjadikan persisiran pantai ini sebagai tempat habitatnya mencari makan dan bertelur.

 Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung








Monday, 18 November 2019

PROGRAM "BEACH CLEAN UP" UNIVERSITI MALAYA DI TELUK NIPAH

16 November 2019 (Sabtu), Program Beach Clean Up Universiti Malaya telah diadakan di Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor.

Program anjuran Jabatan Geografi, Fakulti Sastera Dan Sains di koordinasikan oleh Pensyarah Kanan, Dr. Tengku Adeline Adura Binti Tengku Hamzah telah membawa bersama 30 orang pelajar Tahun 2 dari Jabatan Grografi.

Agenda program bukanlah untuk berjaya mengumpul sampah terbanyak tetapi adalah mengutip sampah sambil membuat kajian dan meneliti komposisi sampah yang dibuang di persisir pantai secara terperinci dan mendalam.

Maklumat yang terkumpul ini akan digunakan pada masa hadapan untuk merancang corak pengurusan sisa yang sesuai dan lebih berkesan.

Semoga aktiviti yang telah dilaksanakan ini dapat membantu dan memberi bentuk strategi pemuliharaan pantai daripada sampah dan sisa yang memerlukan tindakan daripada semua sektor masyarakat.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung




Sunday, 17 November 2019

PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1441 H - FASA 2D

Sempena bulan Rabiulawal. Bulan yang mulia, ditunggu-tunggu oleh seluruh umat islam di seluruh dunia. Sambutan Maulidur Rasul 1441H anjuran IKRAM Manjung dengan kerjasama Jawatan kuasa Masjid Ar Rahman sedang berlangsung di Masjid Ar Rahman, Fasa 2D, Seri Manjung.

Program bermula sejak jam 3.00 petang tadi melalui pelbagai program maulid bersama Aulad, pertandingan kuiz dan menulis khat jawi kepada kanak-kanak, perarakan dan pada malam nanti akan di adakan ceramah umum oleh Lt. Kol. Ustaz Dr. Mohd Mazli Bin Mohd Aini daripada KAGAT, penceramah RTM dan TYDP Batang Padang.

Perarakan Maulidur Rasul juga diadakan dibawah pimpinan Al Fadil Ustaz Haji Mohd Faizal Bin Jamaluddin, Jawatankuasa Masjid dan pelajar Kolej Vokasional Seri Manjung bagi membesarkan pujian kepada seorang insan Nabi Muhammad (s.a.w) seorang Rasulullah teragung yang telah di lahirkan ke dunia ini dan telah merubah landskap kehidupan dan peradaban manusia daripada kegelapan jahiliah kepada zaman cahaya keimanan.

Objektif program yang diadakan adalah bagi menunjuk kecintaan kepada Rasulullah, pengamalan sunnah dan menghayati sirah pengorbanan nabi Rasulullah S.A.W.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung