About

Friday 14 August 2020

Program Jom Hijau @ Go Green - Terapi Pemulihan klien anjuran AADK Negeri Perak dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung

Pagi ini bertempat di Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu, Pantai Pasir Panjang, Segari, Lumut berlangsung Program Jom Hijau @ Go Green - Terapi Pemulihan klien anjuran AADK Negeri Perak dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung yang telah menyumbangkan 40 anak pokok jenis Scaevola Frutescens@ Ambung-Ambung, peralatan dan tong sampah.
 
Seramai lebih kurang 180 orang peserta yang terdiri daripada Ketua Pengarah AADK, kakitangan AADK dan pelatih Pusat Serenti Batu Kurau dan Serenti Perlop hadir pada program hari ini.
Program telah dirasmikan oleh YDH CP Dato' Sri Zulkifli Bin Abdullah, Ketua Pengarah Agensi AntiDadah Kebangsaan. 
 
Turut hadir adalah YDH Toh Seri Bijaya Lt Kol ( B) Dato' Shaharudin Bin Haji Nazari, Orang Besar Jajahan Manjung, Tuan Zulhisham Bin Ahmad Shukori, Pegawai Daerah Manjung, YDH ACP Nor Omar Bin Sappi, Ketua Polis Daerah Manjung, Tuan Zaki Bin Mohd Mokri, Pengarah Perikanan Negeri Perak, Puan Azizah Binti Ahmad, Pengarah AADK Negeri Perak dan Pengurus Malakoff
Pelbagai aktiviti telah diadakan adalah pembersihan pantai, penanaman pokok Merambong, memandikan penyu dan membersih kolam dan pelepasan anak penyu.
 
Aktiviti pembersihan pantai telah dilakukan oleh Trash Hero dari Ipoh dengan kerjasama peserta program dan telah berjaya mengutip sebanyak 128.899gm @ 686 botol plastik disepanjang persisiran pantai tersebut.
 
Objektif program adalah bagi memberi kesedaran kepada orang awam dengan kerjasama agensi kerajaan, swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk menjaga persekitaran pantai yang bersih, ceria dan selamat dikunjungi disamping memupuk kesedaran menjaga ekosistem marin yang bebas daripada bahan buangan plastik.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung










 

0 Comments:

Post a Comment