About

Friday 14 August 2020

 MESYUARAT JAWATANKUASA PENDUDUK AHLI MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

15 Ogos 2020 (Sabtu) Bertempat di Dewan Komuniti Taman Samudera Perdana, Seri Manjung berlangsung Majlis Mesyuarat Kali Pertama Jawatankuasa Penduduk Zon 9 (Taman Desa Manjung Point – Taman Samudera – Manjung Point Seksyen 5) Ahli Majlis Perbandaran Manjung di bawah pimpinan Tuan Haji Rosli Bin Abd. Rahman. Mesyuarat turut dihadiri oleh Tuan Haji Hamidun Bin Ahmad, Ahli Majlis Zon 8.
 
Majlis mesyuarat kali pertama ini telah dirasmikan oleh Encik Muhamad Shukri Bin Ismail, Penolong Pegawai Tadbir Kanan Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial, Majlis Perbandaran Manjung.
Pemilihan ahli Jawatankuasa Penduduk tersebut adalah terdiri daripada ahli KRT, Persatuan Penduduk Taman Perumahan yang terdapat dibawah Zon 9.
 
Terdapat seramai 24 orang Ahli Majlis Perbandaran Manjung yang akan menubuhkan Jawatankuasa Penduduk di lokaliti masing-masing selaras dengan Indikator SSR PBT KPKT iaitu penubuhan Jawatankuasa Penduduk di bawah Pihak Berkuasa Tempatan.
 
Objektif penubuhan JKP adalah bagi memperkasakan hubungan komuniti perbandaran melalui peranan Ahli Majlis dan juga sebagai platform kerjasama antara warga perbandaran.
 
Medium utama untuk merealisasikan teras :
1. Pembangunan modal insan
2. Platform hubungan kerjasama antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan warga perbandaran.
3. Iniastif untuk menggalakkan dan mewujudkan penyertaan warga perbandaran menjaga hubungan dan membantu menangani isu-isu perbandaran melalui gerak kerja.
 
Gerak kerja seperti perbandaran Bersih, Perbandaran Indah, Perbandaran Penyayang, Perbandaran Pro Aktif, Perbandaran Prihatin dan Perbandaran Selamat adalah antara ciri-ciri mekanisma pelaksanaan Jawatankuasa Penduduk Ahli Majlis PBT.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
 

0 Comments:

Post a Comment