About

Saturday, 28 December 2019

MAJLIS PELANCARAN GERAK KERJA RAKAN TAMAN 2019 MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

Majlis Pelancaran Gerakan Rakan Taman 2019 Majlis Perbandaran Manjung sedang berlangsung di Padang Awam Taman Manjung Point Seksyen 1, Seri Manjung yang telah dirasmikan oleh Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung Encik Mohd Helmi Bin Arifin.

Majlis diserikan dengan penyampaian 8 jenis anak pokok buah-buahan seperti ciku, limau nipis, limau purut, belimbing, durian belanda, belimbing buluh, kedondong dan jambu madu, baja, tanah hitam dan peralatan mesin rumput sandang, hand blower dan pasu bunga. 

 Majlis penyampaian disempurnakan oleh Tuan Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung kepada 5 Pengerusi Rakan Taman Majlis Perbandaran Manjung terdiri daripada Rakan Taman Fasa 2 Gabungan (Fasa 2D, 2E, 2F dan 2G) Taman Kiara, Taman Manjung Point Seksyen 1, Sitiawan Barat dan Taman Sungai Wang, Ayer Tawar.

Program sebentar tadi juga di isi dengan pengisian taklimat dari Jabatan Kesihatan Dan Perkhidmatan Bandar iaitu pembuatan baja kompos daripada sisa makanan kepada komuniti.

Rakan Taman adalah satu entiti yang diwujudkan oleh Jabatan Landskap Negara (JLN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dibawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Gerakan Rakan Taman pula adalah bagi dijadikan platform untuk menggalakkan komuniti bandar melaksanakan pelbagai aktiviti termasuk pertanian bandar dan aktiviti gotong royong sambil beriadah di taman-taman awam dan taman-taman kejiranan.

Objektif utama program adalah untuk memberi galakan kepada komuniti bandar untuk melaksanakan kerja sukarelawan bagi menyelenggara dan melakukan pembaikan kecil fasiliti serta kemudahan landskap di taman awam agar lebih selamat digunakan oleh komuniti.

Semoga usaha murni yang dilaksanakan pagi ini mampu menyemai kesedaran di kalangan komuniti untuk menzahirkan sifat sayang terhadap landskap di persekitaran mereka.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung











Saturday, 21 December 2019

PROGRAM GOTONG ROYONG MEMBERSIH PANTAI TELUK SENANGIN

Program " Santuni Pantai Kita " anjuran Jawatan kecil Persatuan Kebajikan Prihatin Sosial Negeri Perak (Daerah Manjung), dengan kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Manjung, Sukarelawan JKM Negeri Perak, MPKK Batu 3 Segari dan Majlis Perbandaran Manjung.

Program di rasmikan oleh Cik Nurul Nabilah Binti Ramli, Pegawai Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Manjung.

Seawal pagi senamrobik zumba telah diadakan yang telah disertai oleh peserta-peserta program gotong royong.

Kebanyakan pihak melihat program gotong royong adalah satu perkara biasa tetapi sebenarnya ianya adalah "2 dalam 1" iaitu yang nampak pada mata kasar adalah membersih kawasan sahaja tetapi yang tersirat adalah permuafakatan dan kerjasama baik antara komuniti dan agensi kerajaan didalam menyumbang khidmat komuniti di dalam menjaga kebersihan pantai awam. 

Semoga sumbangan kecil yang dicurahkan pada pagi ini memberi kesan yang positif kepada pengunjung pantai yang lain untuk mengorak langkah bagi menjaga kebersihan pantai dan tempat awam yang lain tidak kira dimana sahaja.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






Sunday, 15 December 2019

PROGRAM GOTONG ROYONG KECERIAAN MPKK BATU 8 LEKIR

Pagi ini bertempat di Dewan Tuan Haji Alwi Yaakob, Batu 8 Lekir, Sitiawan sedang berlangsung Program Gotong Royong Keceriaan anjuran MPKK Batu 8 Lekir.

Majlis penutupan program telah di sempurnakan oleh ADUN Pasir Panjang, Tuan Haji Yahaya Bin Mat Nor. 

Turut hadir adalah isteri ADUN Puan Hajah Fadzilah Binti Alias, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung Zon 11 (Lekir), Puan Nik Noorazizah Binti Hamzah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Zon 11 (Lekir) dan Encik Asparul Bin Mustapa, Pegawai KEMAS Zon Lekir.

Program gotong royong keceriaan menanam pokok bunga spesis Alamanda sebanyak 100 pokok yang telah disumbangkan oleh Unit Landskap, Majlis Perbandaran Manjung.

Selain daripada itu diadakan juga program mengecat pagar SK Lekir Batu 8, Lekir, mengecat dinding Dewan oleh pelajar Giat Mara, pembersihan dan meratakan tanah di Jalan Darat Jelutong, Batu 8 dan pertandingan melukis, mewarna bagi kanak-kanak berumur 7 tahun kebawah anjuran Tabika KEMAS Batu 8, Lekir.

Objektif program adalah bagi memupuk dan mengeratkan hubungan silatturahim pemimpin bersama komuniti Batu 8 di dalam aktiviti yang telah dijalankan.

Bahagian Kemasyarakatan,
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung







Saturday, 14 December 2019

PROGRAM GOTONG ROYONG MEMBERSIH PANTAI TELUK BATIK OLEH MSU

Kolej MSU Sg. Petani, Kedah petang tadi melaksanakan program gotong royong mengutip sampah di Pantai Peranginan Teluk Batik, Lumut.

Walaupun hujan renyai-renyai turun menitis para Mahasiswa dan Mahasiswi MSU tetap meneruskan aktiviti mengutip sampah yang terdapat di persekitaran pantai yang di kunjungi orang ramai sementalah hari ini adalah cuti hujung minggu dan cuti panjang persekolahan.

Disamping itu mereka juga turut sopan menyantuni para pengunjung pantai peranginan untuk sama-sama menjaga kebersihan pantai milik awam tersebut untuk turut serta mengambil bahagian dalam program tersebut.

Semoga program murni kemasyarakatan yang dijanakan oleh Kolej MSU memberi impak yang baik serta berjaya di dalam memupuk budaya bersih generasi Malaysia yang peka kepada kebersihan dan nilai-nilai yang baik.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung





PROGRAM KEMASYARAKATAN MSU KE RUMAH WAWASAN ANAK-ANAK YATIM

Rumah Wawasan Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Yatim Manjung Perak, Taman Desa Manjung Point hari ini dikunjungi oleh 30 orang Pelajar terdiri daripada Diploma Pengurusan, Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Diploma Rekabentuk Grafik dan 2 guru pengiring dari Kolej Management & Science University (MSU) Sg. Petani, Kedah bagi menjayakan Program "Edu-Charity Trip".

Pagi ini program santuni kanak-kanak yatim dengan penyerahan barangan keperluan harian, permainan minda, gotong royong membersih halaman rumah, membersih setor peralatan dan pelbagai lagi dan pada waktu petang nanti akan melaksanakan program gotong royong membersih pantai peranginan Teluk Batik dan pada keesokan harinya akan ke Pantai Peranginan Teluk Nipah untuk melaksanakan program yang sama.

Objektif program adalah bagi membantu dan mendidik pelajar menghayati nilai-nilai kemanusiaan dengan mendekati komuniti yang tidak bernasib baik disamping memberi pendedahan kepada pelajar untuk menjiwai semangat gotong royong, menyemai perasaan kasih sayang kepada kanak-kanak tanpa mengira bangsa dan agama dan berjiwa murni.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






Monday, 9 December 2019

MAJLIS MAKAN MALAM AURA DAN APRESIASI MPM 2019

9 Disember 2019, bertempat di Ritz Garden Hotel, Seri Manjung telah diadakan Majlis Makan Malam Aura Dan Apresiasi Majlis Perbandaran Manjung.

Majlis Makan Malam dan Apresiasi Majlis Perbandaran Manjung adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Manjung bagi memberi pengiktirafan, penghargaan dan memperingati individu, agensi kerajaan, badan swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) yang telah memberi perkhidmatan yang cemerlang dan komitmen yang tinggi kepada amanah yang telah dipertanggungjawabkan sepanjang tahun 2019.

YB Tuan Haji Yahaya Bin Mat Noh, ADUN Pasir Panjang didalam ucapan perasmiannya merakamkan ucapan tahniah kepada Majlis Perbandaran Manjung dan Aura Manjung kerana penganjurannya membuktikan bahawa Majlis Perbandaran Manjung dan Aura Manjung menghargai perkhidmatan cemerlang dan komitmen tinggi sebagai budaya dalam komuniti perbandaran yang perlu diterap dan dikekalkan sebagai satu benchmark.

Majlis Perbandaran Manjung memperuntukkan 15 anugerah penghargaan manakala Aura Manjung memberikan 19 anugerah kepada usahawan popular dan 1 anugerah khas usahawan.

Keputusan lengkap mengikut kategori adalah seperti berikut :

15 Anugerah Majlis Perbandaran Manjung

A) JABATAN PEMBANGUNAN KOMUNITI DAN SOSIAL

1) Anugerah Individu Komited :
Encik Teong Duong Woon (Mantan Ahli Majlis, MPM)


2) Anugerah Ahli Majlis Perbandaran Manjung Terbaik :
Puan Wong Lay Keong (Ahli Majlis MPM Zon 13 )


3) Anugerah Jawatankuasa Penduduk Terbaik :
Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Zon 11 (Lekir)
Puan Nik Noorazizah Binti Hamzah


4) Anugerah Kejiranan Rukun Tetangga Terbaik :
Kejiranan Rukun Tetangga Taman Sungai Wang


5) Anugerah Agensi Swasta (CSR) Prihatin :
TNB Janamanjung Sdn Bhd
Stesen Janakuasa Sultan Azlan, Lumut


6) Anugerah NGO (CSR) Prihatin :
Persatuan Cintai Manjung, Perak
(Komuniti I Love Manjung)


7) Anugerah Agensi Kerajaan Terbaik :
Balai Bomba Dan Penyelamat Seri Manjung.


B) JABATAN KESIHATAN AWAM DAN PERKHIDMATAN BANDAR

8) Anugerah Tandas Awam Milik PBT Terbaik :
Tandas Awam Stesen Bas Seri Manjung


C) JABATAN PELESENAN

9) Anugerah Premis Makanan Restoran Gred A :
Kaisek Ryori Sdn Bhd


10) Anugerah Tandas Kegunaan Awam Terbaik :
Pasaraya AEON CO. (M) BHD


11) Anugerah Tandas Kegunaan Awam Stesen Minyak Terbaik :
Stesen Minyak Servis Budi Lekir Taman Samudera


12) Anugerah Premis Makan Bersih :
Mohd Fadzil Bin Abdullah


D) JABATAN PERANCANG BANDAR

13) Anugerah Inisiatif Kejiranan Hijau Terbaik
(Kebun Kejiranan Hijau)
KRT Seri Manjung VII (Fasa 1D, 1D2 & 1D3)


14) Anugerah Inisiatif Kejiranan Hijau Terbaik
(Pengkomposas Sisa)
Kabajikan Warga Fasa 2J, Seri Manjung


E) UNIT KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM

15) Penghargaan Rakan Media 

     1) Nanyang Siang Pau
     2) Makkal Osai
     3) Sin Chew Daily
     4) The China Press
     5) Utusan Malaysia
     6) Harian Metro
     7) Bernama


19 Anugerah daripada AURA Manjung kepada Usahawan Popular
Tahun 2019 adalah seperti berikut :


1) Fesyen & Aksesori :
As Sufi Yah Collection Sdn Bhd


2) Kesihatan & Kecantikan :
Farmasi Isihat Sdn Bhd


3) Pendidikan & Latihan :
Pusat Tahfiz Vokasional Addin, Perak


4) Penginapan & Perhotelan :
Pangkor Village Beach Resort


5) Perkhidmatan & Teknikal :
Arwana Travel & Tours Sdn Bhd


6) ICT & Telco :
Parade Computer Enterprise


7) Hartanah & Perumahan :
Binazrin Maju Sdn Bhd


8) Sukan, Hiburan & Rekreasi :
Manjung Outdoor & Recreation Station (Mors)


9) Perunding :
Hans Legacy (Wasiat & Harta Pusaka)


10) Makanan & Minuman :
Kopee Paste


11) Persatuan (NGO) :
Persatuan Kemajuan AURA Keusahawanan Manjung
(AURA Manjung)


12) Koperasi :
Koperasi Persalam Manjung Berhad


13) Peruncitan :
Hasil Laut Dan Kraftangan Jamilah


14) Pembekalan :
Kopi Pak Kodi


15) Pengurusan Majlis
Wawa The Wedding Planner


16) Kontraktor :
Imar Maju Sdn Bhd


17) Kreatif & Fotografi :
Pearl Design Centre


18) Pembuatan & Pengilang
Faezah Homemade Cakes


19) Pertanian & Perladangan
Zayadi Farm Sdn Bhd.


Anugerah Khas Usahawan
1) Gifted Community
Encik Zuhairi Bin Radzi


Semoga kejayaan dan pengiktirafan ini menjadi pendorong dan penyuntik semangat positif kepada individu dan agensi kerajaan ataupun badan NGO yang lain untuk memberikan sumbangan perkhidmatan yang terbaik dan komitmen yang tinggi kepada komuniti setempat.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung












Sunday, 1 December 2019

PROGRAM KEMASYARAKATAN KOLEJ TAJ INTERNATIONAL - TELUK SENANGIN

Kolej Taj International (TIC Ipoh) pagi ini menjalankan aktiviti kemasyarakatan di Dewan Komuniti Nelayan Kg Labohan Bilik, Teluk Senangin.

Seramai 25 orang pensyarah dan pelajar kolej tersebut menyantuni anak-anak nelayan di dalam Program Khidmat Masyarakat.

Pelbagai program telah dianjurkan termasuklah zumba, terapi melukis, aktiviti sukan bersama anak-anak nelayan dan pembahagian hadiah dan menyantuni golongan B40 di kawasan setempat.

Seawal pagi senaman zumba dijalankan bersama anak-anak nelayan yang kelihatan bergembira dengan aktiviti tersebut hinggakan ada yang minta lagi berzumba.

Aktiviti yang membawa nilai-nilai murni membersih dan mengutip sampah di persisiran pantai yang berobjektifkan untuk menyemai semangat kerjasama bergotong royong dan mengeratkan hubungan sesama pelajar dan komuniti setempat.

Walaupun sampah tetap ada setiap masa di persisiran pantai ini tetapi kepuasan terpacar di setiap wajah pensyarah dan pelajar TIC ini kerana dapat menyumbang sedikit khidmat masyarakat kepada komuniti setempat.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung.





Saturday, 30 November 2019

PROGRAM KARNIVAL "LET'S" IMARAH MASJID 2019 - MASJID NURUL HIDAYAH

Hari ini masih berlangsung Program Karnival Let's Imarah Masjid 2019 di perkarangan Masjid Nurul Hidayah, Masjid Daerah Manjung, Seri Manjung.

Imarah yang membawa dua (2) maksud pertama membina, memelihara dan membaiki jika perlu dan yang ke-2 nya bermaksud mengunjungi masjid sebagai amalan lazim. 

Program pagi ini memaparkan intitusi masjid bukan sekadar tempat ibadah semata-mata tetapi adalah juga sebagai pusat penyatuan ummah, pusat komuniti setempat dan kebergantungan masyarakat dari sudut sosial dan ekonomi.

Program anjuran Masjid Nurul Hidayah dengan kerjasama Pejabat Daerah Dan Tanah Manjung, Majlis Perbandaran Manjung, Pejabat ADUN Pasir Panjang, Jabatan Kesihatan, PDRM dan lain-lain agensi kerajaan pusat dan negeri serta NGO di Daerah Manjung.

Pelbagai program diadakan sejak awal pagi tadi termasuklah majlis berkhatan, fun ride, pertandingan hafazan al quran, azan, khutbah, masakan, Fifa ps4, sepak takraw, street soccer dan program forum perdana serta malam kesenian islam di waktu malam nanti.

Semoga usaha bagi penyatuan komuniti di dalam satu program dengan penglibatan bersama agensi kerajaan, swasta dan NGO kearah mewujudkan perpaduan masyarakat setempat.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung