About

Tuesday 6 December 2022

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT JIWA MURNI KD SRI INDERA SAKTI, TLDM BERSAMA AGENSI MENYEMAI KESEDARAN ANCAMAN KEPUPUSAN PENYU

 7 Disember 2022 (Rabu) - KD Sri Indera Sakti (KD SIS) pangkalan TLDM, Lumut dengan kekuatan anggota seramai 50 orang telah berkolaborasi bersama Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dan Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dalam aktiviti Program Kemasyarakatan Jiwa Murni di pesisiran Pantai Pasir Panjang dan di Kompleks Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Segari.

Program yang berlangsung adalah inisiatif bagi menyokong hasrat pucuk pimpinan tertinggi TLDM ke arah memperkasakan hubungan dua hala bersama agensi awam dalam pemuliharaan kawasan pantai awam daripada pencemaran alam sekitar dan memulihara serta melindungi penyu daripada ancaman kepupusan.
Selain itu objektif program turut merangkumi matlamat untuk membentuk semangat kerjasama antara anggota melalui program gotong-royong membersih pantai dan membersih kolam penyu yang menyumbang nilai-nilai murni dan memberi faedah kepada masyarakat dan alam sekitar.
Sekalung penghargaan, tahniah dan terima kasih kepada KD Sri Indera Sakti, TLDM yang telah melaksanakan program jiwa murni (PJM) untuk menghargai dan memelihara ekosistem marin agar tidak tercemar dan mengelakkan kepupusan biodiversiti khususnya perairan Pantai Pasir Panjang di daerah Manjung.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






0 Comments:

Post a Comment