About

Friday, 16 December 2022

PROGRAM "INISIATIF PENGHIJAUAN MANJUNG" PERSATUAN AKTIVIS SAHABAT ALAM (KUASA) DAN KOLEJ MANAGEMENT AND SCIENCE (MSU) IPOH DENGAN KERJASAMA MPM

 17 Disember 2022 (Sabtu), Sebanyak 1014 polibag dapat ditabung dengan tanah dan lebih kurang 300 benih pokok bakau di semai oleh 50 orang pelajar Kolej MSU di Tapak Semaian Taman Paya Bakau Bandar Lumut dalam program konservasi dan pendidikan paya bakau.

Program anjuran Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) dan Kolej MSU tersebut turut mendapat kerjasama daripada Unit Landskap MPM yang telah membekalkan sebahagian bekalan polibag dan peralatan untuk kerja-kerja tanah tersebut.
Pelaksanaan program penanaman pokok bakau dan spesies-spesies yang sesuai di pesisiran pantai adalah satu rancangan pembangunan jangka panjang untuk kesinambungan kehidupan yang terbukti penting untuk kesejahteraan penduduk pesisir pantai dari segi sosiol ekonomi dan keselamatan.
Objektif program seumpama ini dapat memberikan pendedahan, pendidikan dan kemahiran kepada pelajar dan memupuk kesedaran awam terhadap tanggungjawab sosial tentang kepentingan konservasi hutan bagi menambah kawasan litupan pokok dan hutan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup selain usaha untuk menambahbaik ekosistem dan biodiversiti negara.
Sokongan dan penglibatan agensi, swasta dan badan bukan kerajaan amatlah digalakkan untuk menjayakan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok yang sedang dilaksanakan oleh pihak kerajaan ketika ini dalam Kempen Penghijauan Malaysia : "Pokok Kita, Kehidupan Kita".
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) dan Kolej MSU Cawangan Ipoh yang telah menjayakan aspirasi negara melalui program inisiatif seperti ini.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






0 Comments:

Post a Comment