About

Saturday 3 December 2022

PROGRAM KELESTARIAN ALAM SEKITAR PERSATUAN AKTIVIS SAHABAT ALAM (KUASA) DAN SMK RAJA PEREMPUAN IPOH (RPS) DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG (MPM) MEMUPUK SEMANGAT CINTAKAN ALAM SEMULAJADI

 3 Disember 2022 (Sabtu), Pantai Peranginan Pasir Panjang, Segari dan Taman Paya Bakau Bandar Lumut menjadi medan inisiatif penghijauan di daerah Manjung melalui program gerak kerja daripada pihak badan bukan kerajaan dengan kerjasama agensi.

Program tersebut telah dipimpin oleh Tuan Hafizudin Nasaruddin, Presiden Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) dan Puan Norhayati Abdul Latif, Guru Kanan Sains SMK Raja Perempuan Ipoh bersama 6 orang yang lain Dan 80 orang pelajar telah berkolaborasi bersama Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial dan Unit Landskap MPM.
Dua program dilaksanakan serentak dalam tempoh 9 jam melibatkan pembersihan sampah pesisiran pantai di Pantai Pasir Panjang, Segari dan menyemai anak benih pokok bakau di Taman Paya Bakau Bandar, Lumut.
Sebanyak 193.2kg sampah sarap dapat dipungut di pesisiran pantai tersebut yang kebanyakkannya terdiri daripada botol plastik, bekas polystrene dan lain-lainnya. Manakala sebanyak 300 anak benih pokok bakau disemai di tapak semaian di Taman Paya Bakau Bandar Lumut.
Objektif program seumpama ini dapat memberikan pendedahan, pendidikan dan kemahiran kepada pelajar dan memupuk kesedaran awam terhadap tanggungjawab sosial tentang kepentingan konservasi hutan dan pantai bagi menambah kawasan litupan pokok dan hutan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup selain usaha untuk menambahbaik ekosistem dan biodiversiti negara.
Sokongan dan penglibatan agensi, swasta dan badan bukan kerajaan amatlah digalakkan untuk menjayakan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok yang sedang dilaksanakan oleh pihak kerajaan ketika ini dalam Kempen Penghijauan Malaysia : "Pokok Kita, Kehidupan Kita".
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) dan SMK Raja Perempuan, Ipoh (RPS) yang telah menjayakan program inisiatif penghijauan di daerah Manjung dan negara amnya.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung







0 Comments:

Post a Comment