About

Sunday 18 December 2022

PROGRAM PEMULIHARAAN DAN PEMELIHARAAN PANTAI "BESTIES WITH TRASH" UNIKL- RCMP DAN UNIKL-MIMET DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG DAN PERSATUAN AKTIVIS SAHABAT ALAM (KUASA)

 18 Disember 2022 (Ahad) - Pantai peranginan Teluk Senangin, Lumut menerima kehadiran 105 orang mahasiswa dan mahasiswi daripada Kelab Briged Bomba dan Penyelamat UniKL-RCMP dan UniKL-MIMET yang telah berkolaborasi bersama Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial dan Unit Landskap Majlis Perbandaran Manjung serta Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) dalam program konservasi pantai dan hutan.

Program dipimpin oleh Tuan Ahmad Shahir Mohd Sahran, Pensyarah Pengajian Umum yang juga sebagai Penasihat Kelab Bomba dan Penyelamat UniKL-RCMP.
Antara aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan ialah mengutip sampah-sarap pesisir pantai dan menanam pokok merambong sebagai menyahut galakan Program Penghijauan Malaysia : Kempen penanaman 100 juta pokok 2021-2025.
Dalam meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan kawasan litupan hijau untuk kesejahteraan dan kualiti hidup selain usaha menambah baik ekosistem dan biodiversiti negara pihak Unit Landkap MPM telah berbesar hati menyumbang 70 anak pokok merambong untuk ditanam di pesisir pantai dan penyediaan plastik sampah dan tong sampah oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar Zon 3 dalam program gotong-royong pembersihan sampah.
Usaha muni UniKL-RCMP dan UniKL-MIMET amatlah dihargai dalam memupuk kesedaran awam terhadap masalah pencemaran alam sekitar dan mengelola tanggungjawab bersama pengunjung pantai ke arah kesihatan alam sekitar dan juga kesihatan fizikal.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung







0 Comments:

Post a Comment