About

Friday, 9 December 2022

AKTIVITI 'PLOGGING' INISIATIF PERSATUAN WANITA TNB CAWANGAN JANAMANJUNG DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG KE ARAH GAYA HIDUP SIHAT

 10 Disember 2022 (Sabtu) - Pantai Peranginan Teluk Batik, Lumut menerima kehadiran ahli Persatuan Wanita TNB Cawangan Janamanjung (PELITAWANIS TNB) dalam program pemuliharaan dan pemeliharaan pantai.

Aktiviti 'plogging' merupakan 'fitness trend' yang semakin mendapat tempat dan sedang rancak dilaksanakan di seluruh dunia. Bukan sahaja dilakukan oleh orang perseorangan namun telah menjadi pilihan ahli pertubuhan bukan kerajaan, swasta dan agensi kerajaan.
Aktiviti sekadar berjalan-jalan sambil memungut sampah menjadi inisiatif khas Pelitawanis Cawangan Janamanjung di bawah pimpinan Puan Roslinda Lukmanulhakim, Timbalan Pengerusi 1, Pelitawanis TNB Janamanjung dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar dan Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial MPM.
Objektif program adalah bagi mendedahkan ahli dan pengunjung pantai dengan mengamalkan gaya hidup yang menyihatkan badan dan kuat sekaligus membentuk budaya komuniti yang suka melihat dan menjaga persekitaran yang bersih dengan membersihkan kawasan pantai tarikan pelancongan atau sebagainya disamping memberi kesedaran kepada awam untuk tidak membuang sampah merata-rata lebih-lebih lagi di kawasan tumpuan awam.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Pelitawanis TNB Janamanjung kerana menghargai keindahan alam semujadi dan membantu mengkomersialkan Pantai Teluk Batik.
"...jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.."
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






0 Comments:

Post a Comment