About

Friday, 9 December 2022

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT IKRAM MUDA NEGERI PERAK KEARAH MENCAPAI MATLAMAT PEMBANGUNAN LESTARI (SDG) NEGARA BEBAS "SAMPAH" RASUAH

 10 Disember 2022 (Sabtu) - Bertempat di Pantai Peranginan Teluk Senangin, Lumut telah diadakan program 'plogging' pesisiran pantai oleh pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dakwah, tarbiah dan kebajikan Pertubuhan IKRAM Malaysia- IKRAM Muda Negeri Perak bersama Persatuan Belia Harmoni (HARMONI) dan UniKL Royal College of Medicine Perak (UniKL-RCMP) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung (MPM).

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Prof. Madya Dr Hasbullah Ashaari, Pengerusi Rasuah Busters Perak. Turut hadir ialah Dr. Azizul Salehudin, Ketua IKRAM Muda Perak, Pengerusi Pemuda GEMA Perak, Pengarah Projek Belia Harmoni Ipoh dan pensyarah UniKL-RCMP.
Kali ini pihak IKRAM melaksanakan ciri ke -10 daripada 12 ciri misi dan visi ke arah menjadi Malaysia Negara Rahmah iaitu Pembangunan yang Lestari melalui pembangunan sumber manusia bagi mewujudkan generasi muda pelapis negara melalui amalan pendidikan yang berkualiti yang benci rasuah dikalangan mahasiswa dan mahasiswi.
Melalui pendidikan berkualiti yang diterapkan kepada mahasiswa dan mahasiswi tersebut akan membuahkan hasil yang baik apabila mereka menceburi dunia pekerjaan kerana generasi muda adalah aset intelektual yang akan membina negara di masa hadapan dengan lebih gemilang dan dihormati.
Justeru itu objektif program 'plogging' di pesisiran pantai pada hari ini adalah sempena Sambutan Hari Anti Rasuah Sedunia pada setiap 9 Disember setiap tahun dan juga sebagai satu simbolik penolakan golongan mahasiswa dan mahasiswi terhadap 'sampah' rasuah yang boleh membarah dan 'membunuh' negara jika tidak dibendung lebih awal oleh pihak kerajaan.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Pertubuhan IKRAM Muda Negeri Perak, Persatuan Belia Harmoni Malaysia dan UniKL- RCMP yang telah melaksanakan program 'plogging' dan sesi kaji selidik dan maklum balas masyarakat di lapangan kearah menanam jati diri rakyat bersama memacu kejayaan negara.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






0 Comments:

Post a Comment