Ramadhan yang membawa maksud panas yang terik membakar.
Adalah
diharapkan kepanasan tersebut akan membakar segala kekotoran dosa orang
yang berpuasa dan orang yang menghidupkan ibadah sepanjang bulan
Ramadhan tersebut.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang barokah yakni
penghulu segala bulan dan disunatkan kepada setiap orang untuk
memperbanyakkan sedekah disamping amalan mulia yang lain.
Justeru itu, Syarikat Bumiputra Islam Minsyam Sdn Bhd yang beroperasi
sebagai pengedar makanan sunnah konsep Halalan Toyyiban mengambil
peluang untuk membuat amal dan pahala dengan sumbangan 600 paket
suplemen Minyak Habbatus Sauda' Syam untuk diagihkan kepada kakitangan
Majlis Perbandaran Manjung.
Majlis ringkas penyerahan tersebut
telah dilakukan oleh Encik Abdullah Bin Omar, bapa kepada Pengarah
Syarikat Minsyam Sdn Bhd yang juga Pengerusi Persatuan Penduduk Taman
Fasa 2C kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung Tuan Syamsul
Hazeman Bin Md Salleh. Turut hadir adalah Setiausaha Perbandaran Tuan
Mohd Helmi Bin Arifin.
Semoga hubungan silatturahim yang mesra antara komuniti dan Pihak Berkuasa Tempatan terjalin erat tanpa sempadan.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
0 Comments:
Post a Comment