About

Friday 22 May 2020

PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR (PPKB) - PROJEK ERAT MPM

Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) Pihak Berkuasa Tempatan adalah satu program yang bertujuan untuk mengurangkan beban tanggungan keluarga miskin di Bandar disamping meningkat keupayaan dan kualiti hidup keluarga miskin di bandar demi kesejahteraan komuniti selaras dengan Dasar Kemakmuran Bersama dan Matlamat Pembangunan Mampan @ Lestari (SDGs ) 2030 negara.

Majlis Perbandaran Manjung yang berperanan sebagai badan penerima sumbangan daripada penyumbang dan penyelaras bagi penyampaian sumbangan kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada Ketua Isi Rumah isi Rumah (KIR) atau Isi Rumah (IR) dari golongan B40 yang berpendapatan isi rumah yang kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang telah disahkan didalam Sistem e-Kasih atau Mesyuarat Focus Group Mengenai Kemiskinan Peringkat Negeri atau Daerah atau sepertimana yang diarahkan oleh pihak kerajaan daripada masa ke semasa.

Saban tahun sempena bulan Ramadan yang mulia pihak Majlis Perbandaran Manjung meneruskan tradisi membela,
mengambil inisiatif dan tanggungjawab bagi menyumbang dan mengedarkan barangan keperluan harian daripada Projek ERAT (Edisi Rakyat Terbela) Majlis Perbandaran Manjung kepada warga miskin bandar yang terdapat di seluruh Daerah Manjung.


Semoga usaha murni yang dilaksanakan bagi membudayakan masyarakat penyayang kawasan bandar dapat diterjemahkan melalui hubungan erat antara Pihak Berkuasa Tempatan dan masyarakat setempat.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






0 Comments:

Post a Comment