About

Saturday 9 May 2020

AKTIVITI AHLI MAJLIS BAHARU MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG 2020

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Majlis Perbandaran Manjung menerima Ahli Majlis baharu bermula pada 6 Mei 2020 bagi membolehkan setiap PBT berfungsi melaksanakan perkhidmatannya untuk rakyat dan mencapai tahap yang yang diingini.

Terdahulu Ahli Majlis daripada Pakatan Harapan (PH) telah berkhidmat hingga 30 April 2020. Pihak Majlis Perbandaran Manjung mengucapkan jutaan terima kasih diatas khidmat bakti yang cemerlang sepanjang menjalankan tugas dan amanah selaku Ahli Majlis Perbandaran Manjung.

Ahli Majlis PBT berfungsi memainkan peranan sebagai penghubung di dalam hubungan di antara kerajaan dengan rakyat melalui bentuk kerajaan ketiga iaitu Kerajaan Tempatan sebagai penyampai dan jurucakap PBT dan juga mewakili kepentingan-kepentingan orang ramai dan komuniti setempat.

Justeru itu, selang beberapa hari di lantik Ahli Majlis Perbandaran Manjung telah mengorak langkah menyantuni komuniti di dalam pelbagai cara walaupun negara masih diselubungi pandemik Covid-19 namun begitu tidak menghalang usaha dan nilai murni yang telah dijalankan. 

Semoga semangat, iltizam dan jiwa murni yang ada pada setiap Ahli Majlis PBT ini akan mengapai kejayaan untuk kebaikan komuniti setempat.

#perangiCovid19
#staysave  
#kitajagakita
#kitamenang

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung












0 Comments:

Post a Comment