About

Friday, 22 May 2020

PENGAGIHAN FACE MASK KEPADA KOMUNITI

"..Kepuasan yang dapat ditengok dalam gambar ini adalah senyuman bila mereka mendapat bantuan face mask. Betapa mereka bersyukur.." walaupun harganya tidak semahal emas tetapi sikap menghargai itulah yang paling utama untuk menjamin keakraban antara Pihak Berkuasa Tempatan dan masyarakat.

Majlis Perbandaran Manjung dengan kerjasama Pengerusi Kawasan Rukun Tertangga (KRT), Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Perumahan (PPP), Pengerusi Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) dan Wakil Pengurusan Badan Bersama Strata (JMB) Daerah Manjung meneruskan pengagihan Topeng Muka @ Face Mask fasa ke-2 yang disumbangkan oleh Kerajaan Malaysia melalui Kerajaan Negeri Perak dan disalurkan oleh Pejabat Daerah Dan Tanah Manjung.

Pihak Majlis Perbandaran Manjung berasa bersyukur kerana mempunyai ketua masyarakat daripada KRT, PPP, PPDK dan JMB yang membina bekerjasama baik setiap program yang telah dianjurkan.

Terima kasih kepada semua Pengerusi KRT, PPP, PPDK dan JMB kerana usaha dan peranan yang telah dimainkan untuk menyahut hasrat Kerajaan Malaysia bagi menjaga keselamatan rakyat sebagai satu priority utama didalam menghadapi pandemik Covid-19.

#perangicovid19 #staysave #kitajagakita

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR (PPKB) - PROJEK ERAT MPM

Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) Pihak Berkuasa Tempatan adalah satu program yang bertujuan untuk mengurangkan beban tanggungan keluarga miskin di Bandar disamping meningkat keupayaan dan kualiti hidup keluarga miskin di bandar demi kesejahteraan komuniti selaras dengan Dasar Kemakmuran Bersama dan Matlamat Pembangunan Mampan @ Lestari (SDGs ) 2030 negara.

Majlis Perbandaran Manjung yang berperanan sebagai badan penerima sumbangan daripada penyumbang dan penyelaras bagi penyampaian sumbangan kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada Ketua Isi Rumah isi Rumah (KIR) atau Isi Rumah (IR) dari golongan B40 yang berpendapatan isi rumah yang kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang telah disahkan didalam Sistem e-Kasih atau Mesyuarat Focus Group Mengenai Kemiskinan Peringkat Negeri atau Daerah atau sepertimana yang diarahkan oleh pihak kerajaan daripada masa ke semasa.

Saban tahun sempena bulan Ramadan yang mulia pihak Majlis Perbandaran Manjung meneruskan tradisi membela,
mengambil inisiatif dan tanggungjawab bagi menyumbang dan mengedarkan barangan keperluan harian daripada Projek ERAT (Edisi Rakyat Terbela) Majlis Perbandaran Manjung kepada warga miskin bandar yang terdapat di seluruh Daerah Manjung.


Semoga usaha murni yang dilaksanakan bagi membudayakan masyarakat penyayang kawasan bandar dapat diterjemahkan melalui hubungan erat antara Pihak Berkuasa Tempatan dan masyarakat setempat.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






Saturday, 9 May 2020

AKTIVITI AHLI MAJLIS BAHARU MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG 2020

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Majlis Perbandaran Manjung menerima Ahli Majlis baharu bermula pada 6 Mei 2020 bagi membolehkan setiap PBT berfungsi melaksanakan perkhidmatannya untuk rakyat dan mencapai tahap yang yang diingini.

Terdahulu Ahli Majlis daripada Pakatan Harapan (PH) telah berkhidmat hingga 30 April 2020. Pihak Majlis Perbandaran Manjung mengucapkan jutaan terima kasih diatas khidmat bakti yang cemerlang sepanjang menjalankan tugas dan amanah selaku Ahli Majlis Perbandaran Manjung.

Ahli Majlis PBT berfungsi memainkan peranan sebagai penghubung di dalam hubungan di antara kerajaan dengan rakyat melalui bentuk kerajaan ketiga iaitu Kerajaan Tempatan sebagai penyampai dan jurucakap PBT dan juga mewakili kepentingan-kepentingan orang ramai dan komuniti setempat.

Justeru itu, selang beberapa hari di lantik Ahli Majlis Perbandaran Manjung telah mengorak langkah menyantuni komuniti di dalam pelbagai cara walaupun negara masih diselubungi pandemik Covid-19 namun begitu tidak menghalang usaha dan nilai murni yang telah dijalankan. 

Semoga semangat, iltizam dan jiwa murni yang ada pada setiap Ahli Majlis PBT ini akan mengapai kejayaan untuk kebaikan komuniti setempat.

#perangiCovid19
#staysave  
#kitajagakita
#kitamenang

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung












Friday, 8 May 2020

SUMBANGAN HABBATUS SAUDA' SYAM OLEH SYARIKAT MINSYAM SDN BHD

Ramadhan yang membawa maksud panas yang terik membakar.

Adalah diharapkan kepanasan tersebut akan membakar segala kekotoran dosa orang yang berpuasa dan orang yang menghidupkan ibadah sepanjang bulan Ramadhan tersebut.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang barokah yakni penghulu segala bulan dan disunatkan kepada setiap orang untuk memperbanyakkan sedekah disamping amalan mulia yang lain.

Justeru itu, Syarikat Bumiputra Islam Minsyam Sdn Bhd yang beroperasi sebagai pengedar makanan sunnah konsep Halalan Toyyiban mengambil peluang untuk membuat amal dan pahala dengan sumbangan 600 paket suplemen Minyak Habbatus Sauda' Syam untuk diagihkan kepada kakitangan Majlis Perbandaran Manjung.

Majlis ringkas penyerahan tersebut telah dilakukan oleh Encik Abdullah Bin Omar, bapa kepada Pengarah Syarikat Minsyam Sdn Bhd yang juga Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Fasa 2C kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung Tuan Syamsul Hazeman Bin Md Salleh. Turut hadir adalah Setiausaha Perbandaran Tuan Mohd Helmi Bin Arifin.

Semoga hubungan silatturahim yang mesra antara komuniti dan Pihak Berkuasa Tempatan terjalin erat tanpa sempadan.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial

Majlis Perbandaran Manjung





Monday, 27 April 2020

PENGAGIHAN TOPENG MUKA KEPADA KOMUNITI OLEH AHLI MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

Berkhidmat selagi mampu..walaupun bakal mengakhiri tanggungjawab sebagai Ahli Majlis Perbandaran Manjung pada 30 April 2020 ini namun berbekalkan semangat yang membara dan keikhlasan untuk berkhidmat kepada komuniti setempat tetap terus di laksanakan.

Program mengedarkan topeng muka @ face mask sumbangan Kerajaan Malaysia melalui Kerajaan Negeri Perak yang disalurkan oleh Pejabat Daerah Dan Tanah Manjung telah  di laksanakan oleh Majlis Perbandaran Manjung menerusi Ahli Majlis Perbandaran yang bertindak sebagai 'area Officer' di kawasan zon masing-masing.

Mejar (KM) Azizun Bin Ishaak (Bersara) Ahli Majlis Zon 21(Pekan Beruas-Batu Hampar-Kg Pengkalan Baru), Encik Aremugam A/L Perumal, Ahli Majlis Zon 23 (Taman Bintang, Pantai Remis) dan Encik Mohamad Zaini Bin Hasbullah, Ahli Majlis Zon 14 (Taman Dinding-Kg Sg Ramai, Ayer Tawar) meneruskan tradisi menyantuni komuniti setempat melalui pengagihan topeng muka (face mask) dan juga mengagihkan sedekah peribadi berupa barangan makanan keperluan harian kepada komuniti yang tidak berkemampuan.

Semoga iniasiatif jiwa murni yang telah di terapkan oleh Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung seumpama ini menjadi amalan mulia yang dapat diteruskan daripada masa ke semasa didalam mengeratkan hubungan silaturrahim dan mesra antara Pihak Berkuasa Tempatan dan komuniti di kawasan Majlis Perbandaran Manjung.

#perangiCovid-19 #staysave #kitajagakita

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






Friday, 24 April 2020

PENGAGIHAN TOPENG MUKA KEPADA KOMUNITI PERBANDARAN MANJUNG - FASA KE-2

Program Pengagihan topeng muka @ face mask sumbangan Kerajaan Malaysia terus di laksanakan melalui  Ahli Majlis Perbandaran Manjung, Pengerusi Kawasan Rukun Tertangga (KRT), Pengerusi Pertubuhan/Persatuan Penduduk (PPP) dan Badan Pengurusan Bersama komuniti strata (JMB) kepada komuniti setempat di Daerah Manjung.

Program tersebut yang telah dilancarkan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung Tuan Syamsul Hazeman Bin Md Salleh pada minggu yang lepas terus mendapat sambutan yang amat baik dikalangan komuniti perbandaran.

Komuniti yang terdiri daripada pelbagai kaum memberi reaksi dan maklum balas yang amat baik dan berterima kasih atas keprihatinan pihak kerajaan menjaga keselamatan rakyat didalam menghadapi ancaman wabak Covid 19.

Kepada Ahli Majlis, Ketua KRT, JPP dan JMB Daerah Manjung yang telah melaksanakan amanah dan tanggung jawab dengan berhemah, pihak Majlis Perbandaran Manjung mengucapkan jutaan terima kasih diatas kerjasama baik dan sikap tolenrasi yang ditunjukkan bagi memastikan golongan sasar mendapat kebaikan dan matlamat kerajaan tercapai.

#perangicovid19 #staysave #kitajagakita

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung









Sunday, 19 April 2020

PENGAGIHAN BEKALAN TOPENG MUKA KERAJAAN MALAYSIA KEPADA KOMUNITI - FASA KE-1

19 April 2020, bertempat di perkarangan Bangunan Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Manjung telah diadakan Majlis pelancaran 11 unit "EZ Sinitizer" hasil daripada projek inovasi Unit Landskap daripada bahan buangan.

Turut diadakan adalah majlis simbolik penyerahan topeng penutup muka bagi membendung penularan Covid-19 oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung Tuan Syamsul Hazeman Bin Md Salleh kepada Tuan Haji Badrul Bin Bulat dan Tuan Haji Abdull Hamid Bin Abdull Majid, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung dan wakil Kawasan Rukun Tertangga (KRT) Encik Zainul Abidin Bin Ariffin sebelum diedarkan kepada komuniti perbandaran Daerah Manjung.

Serentak setelah selesai majlis pelancaran, Ketua Jabatan, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial Encik Issamudin Bin Ibrahim dan pasukan telah turun ke lokasi komuniti untuk menemui semua 20 orang lagi Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung dan wakil komuniti termasuk Pengerusi Persatuan Penduduk (PPP), Pengerusi Kawasan Rukun Tertangga (KRT) dan wakil Badan Pengurusan Bersama (JMB) komuniti strata bagi mengagihkan bekalan topeng muka sumbangan Kerajaan Malaysia melalui perantaraan Pejabat Daerah Dan Tanah Manjung.

Semoga usaha murni yang dilaksanakan tersebut dapat memenuhi hasrat dan inspirasi kerajaan bagi menjaga keselamatan rakyat sebagai priority utama yang perlu dititik beratkan.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung