About

Sunday, 17 November 2019

PROGRAM SUKAN RAKYAT BERSAMA PEMIMPIN - KG. KAYAN

Program Sukan Rakyat Kampung Kayan Bersama Pemimpin telah diadakan pada 17 November 2019 bertempat di Kampung Kayan, Sitiawan.

Program anjuran Jawatankuasa Penduduk Zon 11, Lekir dan MPKK Kampung Kayan dengan kerjasama Pusat Khidmat Peduli Rakyat Parlimen Lumut, Jabatan Kesihatan, SK Kayan, Kemas dan Majlis Perbandaran Manjung.

Program telah dihadiri dan dirasmikan oleh ADUN Pasir Panjang YB Tuan Haji Yahya Bin Mat Nor.
Pelbagai acara sukan diadakan dan juga pembukaan kaunter Pejabat Kesihatan Daerah Manjung yang mengadakan pameran dan pemeriksaan kesihatan secara percuma dan juga Kelinik Pergigian Batu 9 Lekir turut mengadakan pameran dan pemeriksaan gigi secara percuma.

Objektif sukan rakyat adalah ruang dan peluang untuk mewujudkan aktiviti didalam komuniti yang sihat tanpa mengira usia disamping mengeratkan hubungan silaturrahim antara masyarakat dan pemimpin iaitu kunci kepada kekuatan dan penyatuan masyarakat majmuk.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






Saturday, 16 November 2019

PROGRAM GOTONG ROYONG SK SUNGAI WANGI - 16.11.2019

Pagi tadi berlangsung Program kerjasama antara SK Sungai Wangi, Ayer Tawar, PIBG, komuniti setempat dengan bantuan Majlis Perbandaran Manjung, Jabatan Kesihatan Dan Perkhidmatan Bandar Zon 3 bagi melaksana aktiviti gotong royong memangkas dahan pokok di persekitaran sekolah dan mengecat semula bangunan sekolah.

Program anjuran SK Sungai Wangi dengan kerjasama Persatuan PIBG sekolah melibatkan penglibatan guru-guru, AJK PIBG, MPM dan komuniti setempat.

Semoga usaha mewujudkan zon bersih, selamat, indah dan ceria di kawasan persekitaran sekolah yang melibatkan penglibatan sekolah, komuniti dan MPM dapat memupuk semangat kerjasama, menyemai nilai-nilai murni yang baik serta mengerat silaturrahim diantara sekolah dan Majlis Perbandaran Manjung.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung







Thursday, 14 November 2019

PROGRAM "BIG CLEANING DAY" MPM BERSAMA KOMUNITI PULAU PANGKOR - 14.11.2019

Pagi ini, di Pantai Peranginan Teluk Nipah, Pulau Pangkor sedang berlangsung Program Gotong Royong Perdana "Big Cleaning Day" Majlis Perbandaran Manjung bersama agensi kerajaan, swasta dan persatuan komuniti Pulau Pangkor. Agenda utama adalah membersih persisiran pantai dan juga membersih longkang utama di Teluk Nipah.

Program dihadiri dan dirasmikan oleh Yang DiPertua Majlis Perbandaran Manjung, Tuan Syamsul Hazeman Bin Md Salleh. Antara agensi kerajaan yang turut hadir adalah Pejabat Kesihatan Manjung, IPD Manjung Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Jabatan RELA, APM, Jabatan Kesihatan Dan Perkhidmatan Bandar, Unit Lanskap Majlis Perbandaran Manjung dan disokong oleh agensi swasta yang terdiri daripada Sapura Energy Berhad dan E-Idaman Sdn Bhd serta komuniti Pulau Pangkor daripada Kelab Beach Guard (Boy), Kelab Scuba Pangkor, Pengusaha Hotel dan Chalet, Persatuan Penjaja Pangkor, Combi Pulau Pangkor dan komuniti setempat.

Kelihatan juga 3 orang Ahli Majlis Perbandaran Manjung yang turut hadir adalah Komander (B) Nordin Bin Ahmad, Encik Shamsul Izwan Bin Sulaiman dan Puan Nik Noorazizah Binti Hamzah turut bersama-sama dengan Ketua Jabatan / Unit, Majlis Perbandaran Manjung menitis peluh mengutip sampah sarap sepanjang pantai tersebut.

Semoga sumbangan yang telah dihulurkan oleh setiap agensi kerajaan dan swasta serta persatuan setempat pada hari ini dapat membantu menceriakan dan membersihkan kawasan pantai peranginan Teluk Nipah sempena menuju Pulau Pangkor Bebas Cukai 2020.

Harapan, semoga banyak lagi program kerjasama seperti ini dapat dilaksanakan di masa hadapan oleh agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan untuk
membangunkan keindahan di Pulau Pangkor Bebas Cukai 2020.


Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung










Tuesday, 12 November 2019

PROGRAM KEMASYARAKATAN IKBN - TELUK SENANGIN (12.11.2019)

Gotong Royong Membersih Kawasan Persisiran Pantai Pasir Panjang oleh Pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar.

Seramai 87 orang pelajar dan guru pengiring telah hadir bagi program pemarkahan subjek kepimpinan.

Program inisiatif kerjasama diantara Majlis Perbandaran Manjung (Unit Lanskap) yang telah membekalkan 55 pokok Merambong dan 1 anak pokok Beruas, Sahabat Alam (SAM) dan Persatuan Pencinta Alam (KUASA) yang telah memberi tunjuk ajar penanaman pokok tersebut kepada pelajar dan acara membasuh @ memandikan penyu dan penerangan berkenaan penyu yang telah disampaikan oleh Encik Mohamad Azlan Bin Zul Hasnan.

Semoga usaha yang telah dilaksanakan dapat memupuk sikap pelajar dan belia terhadap kepentingan menjaga, urus ekosistem kehidupan marin laut, kebersihan alam sekitar dan penanaman pokok merambong sebagai inisiatif mengekalkan punca makanan penyu untuk menarik lebih banyak pendaratan penyu di kawasan pantai dan seterusnya menjadikan tempat ini sebagai produk pelancongan Daerah Manjung dan Negeri Perak amnya.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






Monday, 11 November 2019

PROGRAM "TOWN HALL MEETING" MPM BERSAMA KOMUNITI BERUAS - 11.11.2019

Pagi tadi bertempat di Dewan Inderawati, Beruas berlangsung program "Town Hall Meeting" Yang DiPertua Majlis Perbandaran Manjung Bersama Komuniti Peniaga dan Awam Beruas.

Program perjumpaan awam di antara komuniti setempat dengan agensi-agensi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) didalam merungkai permasalahan komuniti berdasarkan isu dan keperluan semasa yang diutarakan oleh komuniti.

Program telah di hadiri dan di pengerusikan oleh Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung Tuan Mohd Helmi Bin Arifin.

Turut menyertai adalah Puan Sabarina Binti Sabran, Penolong Pegawai Daerah Manjung, ASP Abdul Ghani Bin Hj Talib, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah Keselamatan Dan Komuniti, Dr Puteri Nuuraine Ayu Binti Mohd Nasir dari PKD Manjung dan Penghulu Mukim Beruas Encik Shahrun Effendi Bin Mohamad, Ahli Majlis Perbandaran Manjung, Ketua Jabatan, Ketua Unit Majlis Perbandaran Manjung, Pengerusi MPKK Mukim Beruas dan warga komuniti Beruas.

Semoga jalinan kerjasama dan persefahaman jitu antara komuniti dan agensi Pihak Berkuasa Tempatan membawa keberkatan kepada kedua-dua belah pihak.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






Saturday, 9 November 2019

KHIDMAT MASYARAKAT UTAR DI TELUK SENANGIN - 9.11.2019

Pantai Peranginan Teluk Senangin pagi ini dikunjungi oleh 41 orang Mahasiswa dan Mahasiswi Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Cawangan Kampar, Perak bagi melaksanakan aktiviti gotong royong mengutip sampah sarap di sepanjang pantai peranginan tersebut.

Program dianjurkan oleh Persatuan Khidmat Komuniti Universiti Tunku Abdul Rahman dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial Majlis Perbandaran Manjung.

Program inisiatif ini adalah bagi mewujudkan kesedaran dan mendidik masyarakat tentang betapa banyaknya sampah yang kita buang di tempat awam tanpa rasa tanggungjawab, sedangkan ia sepatutnya tidak berlaku.

Semoga usaha murni yang telah dilaksanakan ini mengundang kesedaran kepada masyarakat dan pengunjung pantai peranginan untuk meletakkan rasa tanggungjawab menjaga kebersihan pantai secara bersama dan berterusan.

Bahagian Kemasyarakatan/Pelancongan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






PROGRAM KEMPEN KESEDARAN DIABETES 2019

SJK(T) Maha Ganesa Viddyasalai, Kg.Selamat; Sitiawan hari ini menjadi tempat tumpuan orang ramai ke Program Kempen Kesedaran Diabetes 2019. 

Program anjuran Kelab Lions & Lioness Zon 14 dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan termasuk Majlis Perbandaran Manjung, SJK(T) Maha Ganesa Viddayasalai, Klinik Pergigian ATM, Panel Penasihat Klinik Kesihatan, Agensi Anti Dadah Negara (AADK) dan Mandarin Opto Medic.

Pelbagai aktiviti diadakan iaitu kaunter bayaran Majlis Perbandaran Manjung, pameran kios agensi kerajaan, pameran kesihatan dan aktiviti senamrobik, pemeriksaan gigi, mata dan juga ceramah kesihatan.

Objektif program adalah bagi meningkat kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi kerajaan dan swasta bagi menerap konsep hidup sihat kepada komuniti menjurus kepada kebersihan diri, kebersihan tempat tinggal komuniti, pemakanan seimbang, senaman yang konsisten, mengelakkan stress dan menjauhi najis dadah.

Semoga program yang telah dianjurkan dapat mendidik komuniti kawasan perbandaran Daerah Manjung agar dapat menitik beratkan kehidupan yang bersih, ceria, sihat dan harmoni.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung.





PROGRAM GOTONG ROYONG ANTI DENGGI KRT MP 2 & 3

Pagi ini terlaksana Program Gotong Royong Anti Denggi anjuran KRT Manjung Point Seksyen 2 (Taman Manjung Point Sekyen 2 dan 3) bersama Jabatan Kesihatan Persekitaran Dan Perkhidmatan Bandar Zon 1 Majlis Perbandaran Manjung.

Program tertumpu kepada pembersihan kawasan rumah kediaman komuniti sebagai pencegahan awal daripada menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Semoga usaha murni yang dijalankan oleh komuniti Kawasan Rukun Tertangga (KRT) Taman Manjung Point Seksyen 2 dapat dilaksana secara berterusan bagi mewujudkan persekitaran yang bersih, harmoni dan selamat untuk komuniti.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung.





Sunday, 3 November 2019

PROGRAM GOTONG ROYONG "CLEAN GAMES" UTP & UniKL Mimet

Pagi ini di Pantai Peranginan Teluk Senangin sedang berlangsung Program "Clean Games" anjuran Universiti Teknologi Petronas (UTP) Cawangan Seri Iskandar. 

Seramai 84 orang Mahasiswa dan Mahasiswi daripada Universiti Petronas Malaysia, UniKL Mimet, 3 orang daripada KUASA dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat membersih kawasan pantai peranginan daripada sampah sarap.

Agenda pembersihan pantai daripada sampah sarap yang telah berjaya mengumpulkan sampah sebanyak 400 kg dikutip oleh mereka dalam masa 4 jam kebanyakkan sampah-sampah tersebut telah dibuang pada tempat sebenarnya tetapi telah diselongkar keluar oleh monyet-monyet liar yang terdapat di kawasan peranginan tersebut dan juga sampah yang dibiarkan oleh pengunjung pantai perkelahan tersebut.

Semoga usaha baik yang telah berjaya dilaksanakan pada hari ini dapat memberi kesedaran yang berguna kepada pengunjung pantai peranginan agar dapat memelihara dan bersama menjaga kebersihan tempat peranginan daripada sampah sarap kerana pantai adalah milik semua dan menjadi tanggungjawab awam untuk mengekalkan keindahan dan kebersihannya.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung