About

Monday, 17 August 2020

AKTIVITI KETUA-KETUA KOMUNITI DAERAH MANJUNG SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN DAN BULAN ZULHIJJAH


Bulan Ogos adalah bulan untuk merayakan kemerdekaan yang ditunggu-tunggukan oleh seluruh rakyat tanah air tumpah darah negaraku Malaysia.
 
Kebetulan pula pada di akhir bulan Julai umat islam seluruh dunia merayakan Hari Raya Idul Adha 1441 Hijrah dan melaksanakan tuntutan sunat muakkad ibadah kurban.
 
Ketua-ketua komuniti yang aktif di Daerah Manjung yang terdiri daripada Pengerusi Kawasan Rukun Tertangga (KRT), Pengerusi Persatuan Penduduk (PPP) dan Pengerusi Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) telah melaksanakan pelbagai program-program yang menyatukan komuniti dalam membentuk hubungan erat bersama agensi Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Perbandaran Manjung.
 
Terima kasih kepada Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Fasa 2C, Tuan Haji Abdullah Bin Omar, Pengerusi KRT Samudera 1, Encik Abdullah Bin Ngahbiah, Tuan Haji Sabaruddin Bin Hassan, Pengerusi KRT Lumut, Encik Safaruddin, Pengerusi KRT Zon 6 yang telah menjayakan ibadah kurban bersama komuniti setempat.
 
Selain daripada itu aktiviti memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan dan lain-lain program yang berbentuk kemasyarakatan oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Manjung Baru, Tuan Haji Ibrahim, Puan Hajah Badariah, Pengerusi KRT Manjung Zon 1, Tuan Haji Muaseh, Pengerusi KRT Fasa 1D2, Dato' Nazli, Pengerusi KRT Teluk Muruh, Tuan Haji Abu Bakar, Pengerusi PPDK Nur Hidayah dan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Desa Maju, Puan Fatimah Binti Arsad.
 
Semoga usaha gigih tanpa jemu Ketua-Ketua Masyarakat Daerah Manjung ini mendapat balasan pahala di sisi Allah SWT dan dikenang manis oleh komuniti setempat. 
 
Nilai jati diri pemimpin masyarakat seperti inilah yang memberi kekuatan kepada komuniti Daerah Manjung untuk memacu maju, progresif dan makmur.
 
" Bulat air kerana pembetong, bulat manusia kerana muafakat"
#Muafakat Membawa Berkat
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






 
 
 
 


 
 
 
 

Friday, 14 August 2020

MESYUARAT JAWATANKUASA PENDUDUK ZON 10 AHLI MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

Bertempat di Dewan Orang Ramai Kampung Sitiawan, Sitiawan sedang berlangsung Program Mesyuarat Jawatankuasa Penduduk Ahli Majlis Zon 10 (Sitiawan) bagi kali yang pertama.
 
Ahli Majlis Perbandaran Manjung Zon 10@Area Officer Encik Hamdan Bin Mohamed dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Zon 10 secara automatik.
 
Majlis mesyuarat kali pertama ini telah dirasmikan oleh Encik Issamudin Bin Ibrahim, Pegawai Tadbir selaku Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial, Majlis Perbandaran Manjung.
 
Taklimat penerangan diberikan berkaitan enam (6) gerak kerja Jawatankuasa Penduduk yang boleh bergerak aktif bagi membentuk komuniti yang aktif, sihat dan memberi manfaat kepada komuniti setempat dalam memacukan kehidupan komuniti yang lebih selamat, sejahtera disamping menggalakkan hubungan dan dan kerjasama baik bersama Majlis Perbandaran Manjung.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung





 

 MESYUARAT JAWATANKUASA PENDUDUK AHLI MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

15 Ogos 2020 (Sabtu) Bertempat di Dewan Komuniti Taman Samudera Perdana, Seri Manjung berlangsung Majlis Mesyuarat Kali Pertama Jawatankuasa Penduduk Zon 9 (Taman Desa Manjung Point – Taman Samudera – Manjung Point Seksyen 5) Ahli Majlis Perbandaran Manjung di bawah pimpinan Tuan Haji Rosli Bin Abd. Rahman. Mesyuarat turut dihadiri oleh Tuan Haji Hamidun Bin Ahmad, Ahli Majlis Zon 8.
 
Majlis mesyuarat kali pertama ini telah dirasmikan oleh Encik Muhamad Shukri Bin Ismail, Penolong Pegawai Tadbir Kanan Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial, Majlis Perbandaran Manjung.
Pemilihan ahli Jawatankuasa Penduduk tersebut adalah terdiri daripada ahli KRT, Persatuan Penduduk Taman Perumahan yang terdapat dibawah Zon 9.
 
Terdapat seramai 24 orang Ahli Majlis Perbandaran Manjung yang akan menubuhkan Jawatankuasa Penduduk di lokaliti masing-masing selaras dengan Indikator SSR PBT KPKT iaitu penubuhan Jawatankuasa Penduduk di bawah Pihak Berkuasa Tempatan.
 
Objektif penubuhan JKP adalah bagi memperkasakan hubungan komuniti perbandaran melalui peranan Ahli Majlis dan juga sebagai platform kerjasama antara warga perbandaran.
 
Medium utama untuk merealisasikan teras :
1. Pembangunan modal insan
2. Platform hubungan kerjasama antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan warga perbandaran.
3. Iniastif untuk menggalakkan dan mewujudkan penyertaan warga perbandaran menjaga hubungan dan membantu menangani isu-isu perbandaran melalui gerak kerja.
 
Gerak kerja seperti perbandaran Bersih, Perbandaran Indah, Perbandaran Penyayang, Perbandaran Pro Aktif, Perbandaran Prihatin dan Perbandaran Selamat adalah antara ciri-ciri mekanisma pelaksanaan Jawatankuasa Penduduk Ahli Majlis PBT.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
 

Program Jom Hijau @ Go Green - Terapi Pemulihan klien anjuran AADK Negeri Perak dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung

Pagi ini bertempat di Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu, Pantai Pasir Panjang, Segari, Lumut berlangsung Program Jom Hijau @ Go Green - Terapi Pemulihan klien anjuran AADK Negeri Perak dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung yang telah menyumbangkan 40 anak pokok jenis Scaevola Frutescens@ Ambung-Ambung, peralatan dan tong sampah.
 
Seramai lebih kurang 180 orang peserta yang terdiri daripada Ketua Pengarah AADK, kakitangan AADK dan pelatih Pusat Serenti Batu Kurau dan Serenti Perlop hadir pada program hari ini.
Program telah dirasmikan oleh YDH CP Dato' Sri Zulkifli Bin Abdullah, Ketua Pengarah Agensi AntiDadah Kebangsaan. 
 
Turut hadir adalah YDH Toh Seri Bijaya Lt Kol ( B) Dato' Shaharudin Bin Haji Nazari, Orang Besar Jajahan Manjung, Tuan Zulhisham Bin Ahmad Shukori, Pegawai Daerah Manjung, YDH ACP Nor Omar Bin Sappi, Ketua Polis Daerah Manjung, Tuan Zaki Bin Mohd Mokri, Pengarah Perikanan Negeri Perak, Puan Azizah Binti Ahmad, Pengarah AADK Negeri Perak dan Pengurus Malakoff
Pelbagai aktiviti telah diadakan adalah pembersihan pantai, penanaman pokok Merambong, memandikan penyu dan membersih kolam dan pelepasan anak penyu.
 
Aktiviti pembersihan pantai telah dilakukan oleh Trash Hero dari Ipoh dengan kerjasama peserta program dan telah berjaya mengutip sebanyak 128.899gm @ 686 botol plastik disepanjang persisiran pantai tersebut.
 
Objektif program adalah bagi memberi kesedaran kepada orang awam dengan kerjasama agensi kerajaan, swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk menjaga persekitaran pantai yang bersih, ceria dan selamat dikunjungi disamping memupuk kesedaran menjaga ekosistem marin yang bebas daripada bahan buangan plastik.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung










 

Sunday, 9 August 2020

PROGRAM MERDEKA@KOMUNITI JALUR GEMILANG & GOTONG ROYONG PERDANA TAMAN BERPADU 2020

 

Pagi tadi bertempat di perkarangan Dewan Orang Ramai Taman Berpadu, Sitiawan telah berlangsung Program Merdeka@Komuniti Jalur Gemilang Dan Gotong Royong Perdana Taman Berpadu 2020.

Program adalah anjuran Jabatan Penerangan Malaysia yang bertujuan menyuntik kesedaran kepada komuniti mengenai sambutan Bulan Kebangsaan untuk meningkatkan semangat patriotik dan cintakan negara secara menyeluruh.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Setiausaha Perbandaran Encik Mohd Helmi Bin Arifin yang mewakili bagi pihak Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung.

Turut hadir adalah Puan Hajah Sarinah Binti Haji Ahmad, Pegawai Penerangan Manjung, Puan Juna A/P Pandak, Pegawai Perpaduan Daerah, Dr. Ahmad Syahrul Azuwan Bin Mohd Shariff, Pegawai Perubatan, Pejabat Kesihatan Daerah dan YBrs. Dr. Yusoff Al-Bakri Bin Mohd Ismail selaku pengerusi majlis.

Program kolaboratif ini turut disertai oleh agensi kerajaan yang terdiri daripada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Penerangan, Jabatan Kesihatan, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Kesihatan Persekitaran Dan Perkhidmatan Perbandaran Majlis Perbandaran Manjung dan komuniti Taman Berpadu.

Pelbagai program telah diadakan adalah gotong royong, taklimat keselamatan, penyampaian perhargaan Jasa Mu Dikenang kepada Jawatankuasa KRT Padujati dan pemimpin masyarakat.

Program diakhiri dengan pemasangan bendera kenderaan, pemasangan bendera di kediaman komuniti dan penyerahan Jalur Gemilang kepada agensi kerajaan yang terlibat.

Semoga program yang dianjurkan ini dapat menerapkan nilai patriotisme dan semangat cintakan negara sebagai asas dalam hidup seluruh rakyat Malaysia di Daerah Manjung dan negara amnya.

#Malaysia Prihatin

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






 

Tuesday, 4 August 2020

PERASMIAN MESYUARAT KALI PERTAMA JKP ZON 11 AHLI MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

 

Petang ini bertempat di Dewan Orang Ramai Thiruvalluvar, Ladang Sungai Wangi, Sitiawan sedang berlangsung Majlis Mesyuarat Kali Pertama Jawatankuasa Penduduk Zon 11 (Sitiawan) Ahli Majlis Perbandaran Manjung di bawah pimpinan Encik Perumalsamy A/L P. Muniandy.

Majlis mesyuarat kali pertama ini telah dirasmikan oleh Encik Issamudin Bin Ibrahim, Pegawai Tadbir @ Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial, Majlis Perbandaran Manjung.

Pemilihan ahli Jawatankuasa Penduduk tersebut adalah terdiri daripada ahli KRT, Persatuan Penduduk Taman Perumahan yang terdapat dibawah Zon 11 dan penduduk kampung setempat.

Terdapat seramai 24 orang Ahli Majlis Perbandaran Manjung yang akan menubuhkan Jawatankuasa Penduduk di lokaliti masing-masing selaras dengan Indikator SSR PBT KPKT iaitu penubuhan Jawatankuasa Penduduk di bawah Pihak Berkuasa Tempatan.

Objektif penubuhan JKP adalah bagi memperkasakan hubungan komuniti perbandaran melalui peranan Ahli Majlis dan juga sebagai platform kerjasama antara warga perbandaran.

Medium utama untuk merealisasikan teras :
1. Pembangunan modal insan
2. Platform hubungan kerjasama antara PBT dan warga perbandaran.
3. Iniastif untuk menggalakkan dan mewujudkan penyertaan warga
perbandaran menjaga hubungan dan membantu menangani isu-isu perbandaran melalui gerak kerja.

Gerak kerja seperti perbandaran Bersih, perbandaran Indah, perbandaran Penyayang, perbandaran Pro Aktif, perbandaran Prihatin dan perbandaran Selamat adalah antara ciri-ciri mekanisma pelaksanaan Jawatankuasa Penduduk Ahli Majlis PBT.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung





Saturday, 25 July 2020

PENUBUHAN JAWATANKUASA PENDUDUK MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

Pagi tadi bertempat di Dewan Komuniti Kegiatan Masyarakat Fasa 2C, Seri Manjung telah berlangsung Majlis Mesyuarat Kali Pertama Jawatankuasa Penduduk Zon 8 (Seri Manjung) Ahli Majlis Perbandaran Manjung di bawah pimpinan Ahli Majlis Zon 8 Tuan Haji Hamidun Bin Ahmad. 

Turut hadir adalah Tuan Haji Rosli Bin Abd Rahman, Ahli Majlis Zon 9 (Taman Samudera/Manjung Point/Desa Manjung Raya) dan Encik Issamudin Bin Ibrahim, Pegawai Tadbir Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial, Majlis Perbandaran Manjung.

Pemilihan ahli Jawatankuasa Penduduk tersebut adalah terdiri daripada ahli KRT, Persatuan Penduduk, Badan Pengurusan Bersama dan penduduk setempat.

Terdapat seramai 24 orang Ahli Majlis Perbandaran Manjung yang akan menubuhkan Jawatankuasa Penduduk di lokaliti masing-masing selaras dengan Indikator SSR PBT KPKT iaitu penubuhan Jawatankuasa Penduduk di bawah Pihak Berkuasa Tempatan.

Objektif penubuhan JKP adalah bagi memperkasakan hubungan komuniti perbandaran melalui peranan Ahli Majlis dan juga sebagai platform kerjasama antara warga perbandaran.

Medium utama untuk merealisasikan teras :


        1. Pembangunan modal insan
        2. Platform hubungan kerjasama antara PBT dan warga perbandaran.
       3. Iniastif untuk menggalakkan dan mewujudkan penyertaan warga perbandaran menjaga hubungan dan membantu menangani isu-isu perbandaran melalui gerak kerja.

Gerak kerja seperti perbandaran Bersih, perbandaran Indah, perbandaran Penyayang, perbandaran Pro Aktif, perbandaran Prihatin dan perbandaran Selamat adalah antara ciri-ciri mekanisma pelaksanaan Jawatankuasa Penduduk Ahli Majlis PBT.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung





Friday, 17 July 2020

PROGRAM CERAMAH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN


Pagi tadi bertempat di Dewan Anjung Perdana Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Manjung telah berlangsung Program Ceramah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Kehadiran terdiri daripada Tuan Yang DiPertua, Ahli Majlis, Setiausaha Perbandaran, Pengarah, Ketua Jabatan, Ketua Unit, kakitangan dan Ahli Jawatankuasa Masjid Daerah Nurul Hidayah.
Ceramah telah disampaikan oleh Al-Fadil Ustaz Syamsul Amri Bin Ismail atau lebih dikenali sebagai "Syamsul Debat".

Penceramah bebas dan personaliti televisyen yang terkenal dengan rancangan keagamaan dikaca televisyen dan media sosial berbicara berkenaan "Norma Kehidupan Baharu Semasa Perintah Kawalan Pergerakan" seperti yang diungkap oleh pucuk pimpinan negara, Perdana Menteri Malaysia bagi menjamin kesejahteraan, keselamatan dan kawalan keatas rakyat Malaysia.

Rata-rata rakyat berharap selepas sahaja PKP ditamatkan, rakyat akan menjalani kehidupan seperti biasa. Namun untuk keselamatan rakyat PKPB dan kini PKPP telah dilaksanakan.

Walaupun rangkaian virus Covid-19 boleh dihentikan dengan PKP tetapi untuk melawan virus tersebut adalah sesuatu yang belum diketahui kerana tiada vaksin penawarnya hingga kini.

Pada majlis yang sama penceramah sempat mengambil peluang mendoakan kesejahteraan keatas Yang DiPertua Majlis Perbandaran Manjung, Tuan Syamsul Hazeman Bin Md Salleh yang menyambut hari lahir pada hari ini.

Namun, Iltizam dan semangat kerja keras yang dipaparkan oleh Majlis Perbandaran Manjung sejak bermula PKP hingga kini menarik perhatian penceramah yang menjunjung tinggi pergorbanan yang telah dilakukan bagi menjamin keselamatan komuniti perbandaran.

Akhir kalam, Kun Fa Ya Kun adalah kalimat yang berbentuk perintah dan larangan. Kalimat yang menunjuk segala atas kehendakNya.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung







Thursday, 16 July 2020

SUMBANGAN PROJEK EKSPEDISI RAKYAT TERBELA (ERAT) MPM TAHUN 2020

Sumbangan Projek Ekspedisi Rakyat Terbela (ERAT) Tahun 2020 Majlis Perbandaran Manjung diteruskan lagi pada tahun ini sepertimana tahun-tahun yang terdahulu.

Kali ini PCK Fresh Mart Sdn Bhd dan Tesco Store (M) Sdn Bhd berbesar hati dan berbangga untuk bersama Majlis Perbandaran Manjung bagi menyentuh jiwa golongan yang dikategorikan miskin bandar untuk layak menerima bantuan dalam bentuk barangan keperluan harian.

Projek ERAT MPM adalah salah satu program inisiatif transfomasi komuniti bagi mewujudkan perbandaran harmoni dan penyayang dengan penglibatan badan korporat, syarikat swasta, orang perseorangan, komuniti perbandaran untuk menyalurkan sumbangan barangan keperluan untuk diagihkan kepada komuniti kategori miskin bandar dan yang berpendapatan rendah di dalam kawasan bandar dalam meningkat kualiti hidup dan mengurang beban tanggungjawab keluarga.

Penglibatan lebih banyak badan korporat swasta, syarikat, orang ramai dan juga perseorangan untuk bersama-sama menjayakan amalan bersedekah dan menderma ini amatlah dialu-alukan bagi mewujudkan perbandaran kita yang barakah, prihatin dan penyayang.

" ..Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima.."

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung