About

Sunday 3 July 2022

PROGRAM SAMBUTAN HARI DENGGI ASEAN PERINGKAT NEGERI PERAK ANJURAN PEJABAT KESIHATAN DAERAH MANJUNG DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

 PROGRAM SAMBUTAN HARI DENGGI ASEAN PERINGKAT NEGERI PERAK ANJURAN PEJABAT KESIHATAN DAERAH MANJUNG DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

2 Julai 2022 (Sabtu) - Padang Astaka, Sitiawan menjadi lokasi program Sambutan Hari Denggi ASEAN Peringkat Negeri Perak 2022.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Ustaz Mohd Akmal Kamarudin, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau kerajaan negeri Perak.
Turut hadir ialah YB Dato' Ngeh Khoo Ham, Ahli Parlimen Beruas, YB Wong May Ing, ADUN Pantai Remis, YB Dato' Haji Azri Jaafar, Pegawai Khas ADUN Pangkor yang mewakili YB Dato' Seri Diraja Dr. Haji Zambry Abdul Kadir, ADUN Pangkor, Puan Dr. Ummi Kalthom Shamsuddin, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Negeri) , Tuan Dr. Asraf Ahmad Qamruddin, Pegawai Kesihatan Daerah, Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran, Majlis Perbandaran Manjung dan Ahli-Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung Zon 8, Zon 9 dan Zon 15.
Program peringkat negeri Perak tersebut turut dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik termasuklah Perarakan Jalan Kaki 5000 langkah, pertandingan mewarna/melukis poster bagi kanak-kanak, pemeriksaan kesihatan dan saringan peka percuma B40, pameran booth interaktif denggi oleh seluruh PKD negeri Perak, pengenalan COMBI daerah Manjung, pameran kerjaya Marine UniKL, jualan makanan Persatuan Food Truck Manjung, Kaunter Bergerak Majlis Perbandaran Manjung dan program tukar barangan kitar semula kepada barangan keperluan asas bersama Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar Majlis Perbandaran Manjung.
Objektif program adalah bagi meningkat kesedaran dikalangan komuniti terhadap bahaya demam denggi, pendidikan dan khidmat nasihat berkaitan aktiviti pencegahan dan kawalan berterusan yang perlu diamalkan oleh komuniti dan yang paling utama memupuk rasa kekitaan @ ownership komuniti untuk proaktif bagi mencegah denggi di kawasan kejiranan.
"...Kejiranan bersih, Bebas Aedes..Tiada Aedes Tiada Denggi..."
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung







0 Comments:

Post a Comment