About

Sunday 24 July 2022

PROGRAM GOTONG-ROYONG PENCEGAHAN PEMBIAKAN AEDES ANJURAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA MAJU, SITIAWAN.

 PROGRAM GOTONG-ROYONG PENCEGAHAN PEMBIAKAN AEDES ANJURAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA MAJU, SITIAWAN.

24 Julai 2022 (Ahad), Persatuan Penduduk Taman Desa Maju, Sitiawan berkolaborasi bersama Unit Vektor, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dalam program gotong-royong melupuskan sampah yang menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes di Taman Desa Maju, Sitiawan.
Turut hadir ialah Encik Hamdan bin Mohamed, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung Zon 10 (Sitiawan) iaitu "area officer" bagi zon tersebut.
Program gotong-royong tersebut juga mendapat kerjasama Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar dan juga pasukan Penyelenggaraan Pokok, Unit Landskap, Majlis Perbandaran Manjung yang telah menebang dua pokok kelapa yang membahayakan keselamatan komuniti taman tersebut.
Beberapa kawasan pembiakan jentik-jentik juga berjaya dimusnahkan bagi membasmi pembiakan nyamuk untuk mengekang ancaman kepada kesihatan komuniti setempat.
Objektif program ini diadakan untuk membasmi kawasan pembiakan nyamuk Aedes dan mewujudkan persekitaran komuniti yang bersih dan terhindar daripada wabak denggi.
"Tiada Aedes, Tiada Denggi"
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung










0 Comments:

Post a Comment