About

Sunday, 17 July 2022

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT INISIATIF SWASTA KUALA LUMPUR KEPONG (KLK) LADANG CHANGKAT CHERMIN, AYER TAWAR MEMUPUK TANGGGUNGJAWAB AWAM

 PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT INISIATIF SWASTA KUALA LUMPUR KEPONG (KLK) LADANG CHANGKAT CHERMIN, AYER TAWAR MEMUPUK TANGGGUNGJAWAB AWAM

17 Julai 2022 (Ahad), bertempat di persisiran pantai peranginan Teluk Senangin, Lumut telah diadakan program gotong-royong membersih persisiran pantai daripada sampah sarap dengan kerjasama dari Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar Zon 3, Majlis Perbandaran Manjung.
Inisiatif ini adalah daripada kakitangan KLK Ladang Changkat Chermin, Ayer Tawar yang sempat untuk meluangkan masa selama 3 jam untuk sesi bergotong-royong terlebih dahulu sebelum aktiviti riadah perkelahan bersama kakitangan diadakan.
Sikap tanggungjawab yang harus dipuji kerana masih memiliki nilai keprihatinan yang tinggi untuk menjaga, memelihara dan memulihara kawasan pantai dan alam sekitar semulajadi.
Sebagai manusia, apabila diri kita tertanam semangat sukarela untuk menjaga kebersihan pantai awam, itu adalah tanda kita bersyukur dan beramanah menggunakan nikmat Nya tersebut dengan sebaiknya dan memberi manfaat kepada semua.
Tindakan kita pada hari ini adalah untuk terus menjaga, memelihara dan memulihara pantai dan laut agar ianya kekal menjadi warisan pusaka bangsa.
Bayangkan apa yang akan kita tinggalkan kepada generasi akan datang jika tiada tindakan yang dilakukan sekarang.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung.






0 Comments:

Post a Comment