PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT "KESEJAHTERAAN ALAM OBLIGASI BERSAMA" KOLEJ POLY-TECH MARA IPOH DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
9 Jun 2022 (Khamis) - Bertempat di persisiran pantai peranginan Teluk Senangin telah diadakan program khidmat masyarakat pembersihan pantai dan menanam pokok persisir pantai.
Program adalah anjuran dari 34 orang mahasiswa dan mahasiswi dari Diploma Multimedia Kolej Poly-Tech MARA Ipoh yang berkolaborasi bersama Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar yang membekalkan tong sampah armroll dan plastik sampah, Unit Keceriaan Landskap membekal 35 anak pokok merambong dengan sokongan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) dan Rakan Segari.
Objektif program bagi memupuk kesedaran awam supaya sentiasa menjaga kebersihan kawasan pantai agar keindahan alam sekitar terpelihara dan kesan pembuangan sampah di pantai terhadap habitat akuatik di sekitarnya terutama penyu sekaligus mendidik amalan positif awam untuk menambah baik kualiti hidup haiwan tersebut yakni khazanah negara yang tidak ternilai harganya.
Dalam usaha menyokong kelestarian alam sekitar sebanyak 35 anak pokok merambong @ turut ditanam bagi memperkasakan kesedaran dalam melestarikan alam sekitar khususnya kepada generasi muda kerana mereka adalah pelapis yang akan terus menjaga alam sekitar pada masa hadapan.
Semoga program jalinan kerjasama ini menjadi contoh yang baik untuk menarik lebih banyak penglibatan awam, swasta, badan bukan kerajaan, agensi kerajaan untuk menyumbang khidmat masyarakat di kawasan perbandaran Manjung.
0 Comments:
Post a Comment