About

Sunday 26 June 2022

PROGRAM GOTONG-ROYONG KOMUNITI KRT SERI MANJUNG II (FASA 3C) BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG ERATKAN HUBUNGAN PBT BERSAMA KOMUNITI PERBANDARAN

 PROGRAM GOTONG-ROYONG KOMUNITI KRT SERI MANJUNG II (FASA 3C) BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG ERATKAN HUBUNGAN PBT BERSAMA KOMUNITI PERBANDARAN

25 Jun 2022 (Sabtu) - Bertempat di Taman Fasa 3C, Seri Manjung sedang berlangsung program gotong-royong pembersihan lorong belakang daripada menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes dan di padang awam bagi melaksanakan aktiviti memangkas dahan pokok-pokok yang merbahayakan komuniti.
Program anjuran komuniti Kawasan Rukun Tertangga (KRT) Taman Fasa 3C dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar Zon 1 (Seri Manjung) dan Pasukan Penyelenggaraan Pokok Unit Landskap Majlis Perbandaran Manjung turut disertai oleh komuniti taman setempat.
Objektif program adalah untuk menerapkan semangat kerjasama dan sikap bertanggungjawab komuniti dan memberi kesedaran kepada awam bahawa tanggungjawab pembersihan dan keceriaan kawasan penempatan serta kawalan mencegah wabak denggi tidak bergantung kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan Kementerian Kesihatan Malaysia sahaja. Apa yang mampu kita laksana kita sepakat bersama kearah mewujudkan keluarga komuniti sejahtera dan bersatu padu.
"...Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan..."
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa KRT Seri Manjung II (Fasa 3C) dibawah pimpinan Encik Muhamad Panzail Hussain yang menggalakkan hubungan kerjasama strategik antara PBT dan komuniti melalui semangat gotong-royong dan peranan proaktif komuniti yang sehaluan untuk bersama-sama menjaga kebersihan kawasan persekitaran.
Semoga jalinan kerjasama ini berterusan dimasa akan datang dan menjadi contoh kepada pihak yang lain untuk melaksanakan program kearah komuniti sihat dan harmoni.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung








0 Comments:

Post a Comment