PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT INSPIRASIKU 4.0 - "ASPIRE TO INSPIRE" UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
11 Jun 2022 (Sabtu) - Bertempat di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, pantai Pasir Panjang, Segari telah diadakan Program Khidmat Masyarakat Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim.
Seramai 110 orang mahasiswa dan mahasiswi dari Kolej Za'ba berkolaborasi bersama anggota Majlis Perbandaran Manjung dan Jabatan Perikanan dalam aktiviti membersih persisiran pantai dari sampah sarap, menanam pokok persisir pantai dan membersih kawasan kompleks dan kolam penyu serta berpeluang untuk melepaskan anak penyu yang telah cukup matang umurnya ke laut lepas.
Pihak Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar zon 3 menyediakan tong sampah armroll dan plastik sampah manakala pihak Unit Landskap Majlis Perbandaran Manjung telah menyumbangkan 45 anak pokok jenis merambong untuk ditanam di kawasan persisiran pantai Pasir Panjang.
Objektif program UPSI ini adalah bagi mempromosikan kempen pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar bagi memupuk semangat kesukarelawanan kepada generasi muda untuk menjaga keindahan pantai alam semulajadi sebagai tanggungjawab generasi sekarang untuk diserahkan kepada generasi akan datang.
0 Comments:
Post a Comment