Pagi ini Jumaat, 13 September 2019 di Pantai Peranginan Teluk Batik
menerima kunjungan murni Program Kemasyarakatan Syarikat Henkel Sdn.
Bhd yang berpengkalan di Tasek, Ipoh.
Syarikat yang terbabit
didalam bidang elektronik membawa seramai 64 orang kakitangan yang akan
melaksanakan aktiviti kemasyarakatan gotong royong membersih keindahan
pantai milik semua daripada pencemaran sampah sarap.
Masyarakat perlu sedar bahawa kawasan pelancongan adalah tempat awam yang perlu terpelihara supaya lebih indah dan bersih tanpa sampah.
Program murni seperti ini perlu digerakkan secara berterusan dan
sukarela bagi menyedarkan pengunjung terhadap kebersihan pantai.
Tambahan pula Pantai Peranginan Teluk Batik adalah salah satu daripada
pantai peranginan tumpuan awam.
Semoga usaha murni ini dapat menyumbang kearah Manjung Bersih lagi mempersonakan yang sentiasa mengamit kunjungan tetamu.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
Semoga usaha murni ini dapat menyumbang kearah Manjung Bersih lagi mempersonakan yang sentiasa mengamit kunjungan tetamu.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
0 Comments:
Post a Comment