Sempena menyambut Maal Hijrah 1441, Program Memasak "Bubur Asyura
Perdana" peringkat Daerah Manjung hari ini berlangsung di perkarangan
Bangunan Arked MARA, Sitiawan.
Program anjuran Persatuan Kemajuan
Aura Keusahawanan Manjung (AURA) dengan kerjasama Majlis Perbandaran
Manjung ini dimeriahkan dengan penyertaan sebanyak 15 persatuan yang
terdapat di Daerah Manjung termasuk Aura Manjung, Komuniti I Love
Manjung, Puspanita Manjung, Persatuan Kontraktor Melayu Manjung,
Usahanita Manjung, Persatuan Penyewa
Arked MARA, Virgo Teluk Batik, Persatuan Penjaja Dan Peniaga Melayu
Perak-Manjung, Gifted Community, ABIM, Pertubuhan Pendidikan Antah
Kesuma, Kopi Pak Kodi, Binazrin Group, Persalam dan Elaine Iscandar.
Objektif program yang dilakukan adalah sebagaimana telah menjadi salah satu adat masyarakat melayu islam di negara kita apabila tibanya bulan Muharram adalah memasak bubur asyura secara beramai-ramai bagi memupuk semangat ukhwah persaudaraan dan mengeratkan hubungan silaturrahim dan memupuk keceriaan dalam program sedemikian.
Di samping itu juga memberi pendedahan dan memberi peluang dan ruang kepada masyarakat majmuk cina, india, sikh dan lain-lain yang terdapat di Daerah Manjung merasai keenakan masakan tradisi masyarakat melayu islam ini.
Usaha ini perlu dijadikan sebagai aktiviti yang wajar dilaksanakan saban tahun agar generasi muda dapat mewarisinya.
Semoga usaha yang mulia ini dapat mewujudkan perpaduan serta permuafakatan dikalangan masyarakat pelbagai rumpun bangsa di Daerah Manjung amnya.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
0 Comments:
Post a Comment