About

Saturday, 14 September 2019

PROGRAM PENDIDIKAN KELESTARIAN ALAM - RAKAN STRATEGIK

Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu, Pasir Panjang, Segari hari ini menjadi tempat tumpuan 8 buah sekolah termasuk 1 buah sekolah daripada Beaufort, Sabah.

Program Pendidikan Kelestarian Alam anjuran Rakan Strategik Majlis Perbandaran Manjung Bersama SK Pantai Remis, Pejabat Pendidikan Daerah, Cenergi Sea Sdn Bhd dengan kerjasama Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu, KUASA, Sahabat Alam, SK Pantai Remis, SK Segari, SK Panchor, SK Sungai Batu, City Harbour International School, UniKLMimet dan SK Garama, Beaufort, Sabah.

Pelbagai program diadakan sejak awal pagi hingga petang antaranya lawatan sambil menimba ilmu di Pusat Konsevarsi Penyu, program inovasi daripada barang kitar semula daripada mahasiswa UniKLMimet, program menanam pokok merambong ihsan dari Unit Landskap Majlis Perbandaran Manjung, aktiviti mengukir pasir dan "beach cleaning".

Majlis perasmian penutup program disempurnakan oleh Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial Majlis Perbandaran Manjung , Encik Issamudin Bin Ibrahim. Program dihadiri juga oleh Ketua Jabatan Agensi Kerajaan di Daerah Manjung antaranya Pejabat Pendidikan Daerah Manjung, Pejabat Penerangan Daerah Manjung dan wakil daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung.

Semoga program pertama kali yang diadakan untuk pelajar sekolah rendah ini dapat memupuk minat berterusan pelajar terhadap kelestarian alam dimasa hadapan.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung









Friday, 13 September 2019

PROGRAM KEMASYARAKATAN KILANG HENKEL (M) SDN BHD DI TELUK BATIK

Pagi ini Jumaat, 13 September 2019 di Pantai Peranginan Teluk Batik menerima kunjungan murni Program Kemasyarakatan Syarikat Henkel Sdn. Bhd yang berpengkalan di Tasek, Ipoh. 

Syarikat yang terbabit didalam bidang elektronik membawa seramai 64 orang kakitangan yang akan melaksanakan aktiviti kemasyarakatan gotong royong membersih keindahan pantai milik semua daripada pencemaran sampah sarap.

Masyarakat perlu sedar bahawa kawasan pelancongan adalah tempat awam yang perlu terpelihara supaya lebih indah dan bersih tanpa sampah.

Program murni seperti ini perlu digerakkan secara berterusan dan sukarela bagi menyedarkan pengunjung terhadap kebersihan pantai. Tambahan pula Pantai Peranginan Teluk Batik adalah salah satu daripada pantai peranginan tumpuan awam.

Semoga usaha murni ini dapat menyumbang kearah Manjung Bersih lagi mempersonakan yang sentiasa mengamit kunjungan tetamu.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung









Saturday, 7 September 2019

Program Gotong Royong Teluk Senangin

7 September 2019, Sabtu - Pantai Teluk Senangin hari ini menerima kunjungan program aktiviti kemasyarakatan daripada Idaman Pharma anak syarikat Pharmaniaga Seri Iskandar.

Program kemasyarakatan sempena bulan kemerdekaan anjuran kilang pembuatan ubat-ubatan tersebut bagi membersih pantai peranginan Teluk Senangin daripada sampah sarap.

Pasukan Jabatan Kesihatan, Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar Zon 3, Majlis Perbandaran Manjung turut menyertai program tersebut.

Semoga usaha yang murni ini memberi kesedaran dan mendidik komuniti yang mengunjungi pantai peranginan agar turut sama menghargai keindahan pantai milik semua.

Semoga generasi akan datang dapat menikmati keindahan pantai peranginan ini hasil daripada titik peluh aktiviti yang dianjurkan oleh generasi sekarang.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung





Gotong Royong Klinik Methodist

Pagi ini 7 September 2019, bertempat di Kampung Koh berlangsung program gotong royong membersih kawasan dan memotong pokok di persekitaran bangunan Klinik Methodist.

Menurut Pengerusi Persatuan Paderi Loo Teck Swee dan Ahli Majlis Zon 17 Encik Lau Cheong Loong yang turut hadir menerangkan sejarah bangunan Klinik Methodist yang terbina sejak 60 yang lalu menjadi pusat rawatan komuniti dan pengambilan ubat secara percuma selepas berakhir era penjajahan kolonial British di Tanah Melayu ketika itu.


Bangunan sediada akan dikekalkan tetapi akan dengan dibuat sedikit pengubahsuaian untuk menjadi pusat aktiviti yang berfaedah kepada belia dan komuniti setempat serta menjadi pusat badan Lembaga Methodist.

Pasukan Zon 2 Jabatan Kesihatan Persekitaran Dan Perkhidmatan Bandar dan pasukan "skylift" Unit Landskap Majlis Perbandaran Manjung turut sama turun padang bersama komuniti setempat bagi menjayakan program ini.

Semoga usaha yang baik ini akan menjadi pemangkin kepada pengindahan kawasan setempat dan Daerah Manjung amnya.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung





Sunday, 25 August 2019

Program Gotong Royong Perdana - Kampung Banjar, Beruas - 25.8.2019

25 Ogos 2019, Program Gotong Royong Perdana di Kampung Banjar, Beruas anjuran MPKK, Kampung Banjar bersama Majlis Perbandaran Manjung, Pejabat Kesihatan Daerah Manjung, PDRM, Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar, Jabatan Pertanian dan Persatuan Banjar Malaysia.

Program bersepadu pelbagai agensi kerajaan yang turun padang bagi melaksanakan program gotong royong secara sukarela. 

Elemen yang seharusnya dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat dan agensi. Seperti kata pepatah "bulat air kerana pembetong..bulat manusia kerana muafakat."

Bukan sekadar gotong royong tetapi yang lebih penting ikatan silaturrahim antara komuniti dan agensi kerajaan akan mewujudkan hubungan erat dan kuat sebagai satu nilai sosio ekonomi kebangsaan dalam usaha pembentukan bangsa Malaysia.

Semoga usaha murni yang dijalankan dapat menyemai dan meningkat kesedaran positif komuniti terhadap kebersihan, kesihatan, keselamatan dan kepatuhan kepada Rukun Negara.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung





Program Ceramah Keselamatan Dan Pengendalian Peralatan Kebakaran - Fasa 2C

Pagi ini 25 Ogos 2019, bertempat di Dewan Pusat Kegiatan Masyarakat Fasa 2C, Seri Manjung diadakan Program Ceramah Keselamatan dan Cara Pengendalian Alatan Pemadam Api dan Pili Bomba.

Program anjuran Persatuan Penduduk Taman Fasa 2C bersama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Seri Manjung dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung.

Program dihadiri dan dirasmikan oleh Pegawai Tadbir, Majlis Perbandaran Manjung Encik Issamuddin bin Ibrahim, Encik Shuib bin Hj Idris Ketua Balai Bomba Seri Manjung.

Kehadiran anggota bomba daripada Balai Bomba Seri Manjung dengan kekuatan seramai 20 orang bagi berkongsi ilmu tentang cara penggunaan alatan pemadam api bagi menghadapi musibah kebakaran bersama komuniti Taman Fasa 2C.

Isu pembakaran terbuka yang menjadi masalah kepada komuniti setempat, ketidakfahaman komuniti tentang kebakaran seterusnya mewujudkan pasukan bomba komuniti di Taman Fasa 2C setelah Persatuan Penduduk Fasa 2C diluluskan Waran Geran Komuniti oleh Kementerian Dalam Negeri dan Pendaftaran Pertubuhan Persatuan.

Semoga usaha yang murni ini memberi kefahaman kepada komuniti Fasa 2C didalam menghadapi musibah kebakaran.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung





Saturday, 24 August 2019

Program Gotong Royong Memotong Dahan Pokok Besar SMJK Ayer Tawar

SMJK Ayer Tawar menerima kunjungan Jabatan Kesihatan Dan Perkhidmatan Bandar dan Unit Landskap, Majlis Perbandaran Manjung bagi melaksanakan program memotong dan mencantas dahan pokok besar di kawasan sekolah.

Program anjuran SMJK Ayer Tawar dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung bagi memastikan keselamatan pelajar, guru dan komuniti setempat yang bersebelahan kawasan sekolah terjamin.

Disamping memulihara, menceria dan membersih kawasan sekolah secara tidak langsung memberi peluang bagi hubungan erat diantara ibubapa, guru bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Manjung secara lebih optimum.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung





Program Kemasyarakatan Pantai Teluk Batik - 24 Ogos 2019

Hari ini di Pantai PeranginanTeluk Batik, Lumut. Seramai 34 Pelajar Sekolah Menengah Agama Bantuan Penuh Kerajaan Tan Sri Ghazali Jawi, Gerik dan sokongan 5 guru pengiring yang diketuai oleh Ustaz Haji Muhsin bin Mansor telah menjalankan khidmat masyarakat mengutip sampah sarap dan bahan buangan daripada plastik di sepanjang tepian pantai.

Menurut Ustaz, seawal jam pukul 4.30 pagi guru-guru dan pelajar telah berkumpul di perkarangan sekolah bagi menunggu bas semata-mata untuk datang ke Daerah Manjung bagi mengenali Lumut Bandar Pelancongan dan Maritim.

Program kemasyarakatan ini dijalankan sebagai memenuhi tanggung jawab awam bagi mendidik masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan dan keindahan pantai kegunaan awam.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung





Friday, 23 August 2019

Program Menanam Pokok Kecerian SMK ACS Methodist, Sitiawan

Pagi ini 24 Ogos 2019, di SMK Methodist ACS Sitiawan berlangsung Program Menanam Pokok dikawasan persekitaran sekolah.

Sebanyak 15 pokok jenis Penaga Lilin, 15 jenis Felicium dan 20 bag tanah hitam disumbang oleh Unit Landskap Majlis Perbandaran Manjung pada program tersebut.

Semoga usaha menjadikan kawasan persekitaran sekolah sebagai kawasan yang cantik dan indah dan sekaligus menunjukkan inisiatif kearah meningkat nilai profesionalisme keguruan secara berterusan.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung







Monday, 19 August 2019

SESI TAKLIMAT SEMINAR KEUSAHAWANAN "IDEA" PULAU PANGKOR BEBAS CUKAI

Seminar Keusahawanan "IDEA" masih berlangsung dengan sesi taklimat oleh agensi kerajaan yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan bagi memberi maklumat dan membantu golongan usahawan di Pulau Pangkor.

1) Jabatan Pelesenan Majlis Perbandaran Manjung telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Encik Mohamad Sharil bin Salihan,

2) Jabatan Kastam Daerah Manjung,
Taklimat Percukaian oleh Ketua Kastam Daerah Encik Kolmeet Singh A/L Harparjan Singh.

3) Jabatan Hal Ehwal Islam Perak, (JAIPk) Pegawai Pengurusan Halal, Encik Yusri bin Abdul Rawi.
4) Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) taklimat disampaikan oleh Timb. Pengurus Encik Azwan bin Mahyuddin.

5) Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
Encik Mohamad Sharil bin Ahmad Puzi, Pengurus MPC Wilayah Utara.

6) Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia ( SME Corp), oleh Puan Mazuin Binti Mahat, Pegawai SME Corp Perak.

7) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) disampaikan oleh Encik Abdul Rahman bin Ngadenan Pen. Pengarah Kanan Wilayah Negeri Perak Cawangan Manjung.

8) Taklimat daripada Jabatan Kesihatan (Pejabat Kesihatan) Negeri Perak oleh Dr Poornimal A/P Karpayah.

9) Taklimat daripada SME Bank oleh Encik Nazrin Imran bin Haji Wardi.
10) Bank Rakyat Malaysia Berhad
Taklimat disampaikan oleh Encik Azizi bin Abdul Karim.

11) Taklimat oleh Tekun Nasional Negeri Perak, Encik Azmi Nor bin Shaharuddin, Pegawai Tekun Negeri Perak.

12) Taklimat oleh Yayasan Perak, Encik Tajul Hasrul bin Mohamed Rashidi.

Sebelum berakhir para usahawan Pulau Pangkor diberikan suntikan semangat dan perkongsian ilmu oleh Haji Ismail Langkawi Group (HILG), disampaikan oleh Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail. Memaklumkan perbincangan lebih kerap bersama Jabatan Kastam untuk memahami secara terperinci berkenaan pasaran eksport dan import.

Menasihati usahawan agar tidak terlalu bergantung kepada jolokan "bebas cukai" tetapi lebih kepada membuat kajian terhadap produk apa? macamana? yang sesuai untuk dipasarkan.

Nasihat utama berkenaan menjaga pengurusan kewangan yang baik. Para usahawan sekarang lebih beruntung kerana banyak dana, tabung dan pinjaman dan khidmat nasihat yang boleh dibuat dan diberikan berbanding sewaktu Pulau Langkawi dahulu mula mendapat status bebas cukai.

Cabaran utama menuju Pulau Pangkor Free Duty (pandangan peribadi beliau) yang bermanfaat untuk berkongsi ilmu.

1) Persaingan antara penjual - saling menawar harga murah. Kelebihan kepada pengguna/pembeli.

2) Had layak bebas cukai - 48jam terlalu lama. Mohon warga Pulau Pangkor membuat permohonan rasmi mengurangkan tempoh 48 jam kepada 24 jam.

Para usahawan berasa puashati diatas penerangan dan taklimat yang disampaikan dengan jelas dan telus oleh agensi-agensi kerajaan dan kesungguhan pihak penganjur untuk memastikan para usahawan Pulau Pangkor berjaya mencapai matlamat dan impian.





Majlis penutup telah disempurnakan oleh Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung.

Bahagian Kemasyarakatan/Pelancongan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung