About

Sunday, 25 August 2019

Program Ceramah Keselamatan Dan Pengendalian Peralatan Kebakaran - Fasa 2C

Pagi ini 25 Ogos 2019, bertempat di Dewan Pusat Kegiatan Masyarakat Fasa 2C, Seri Manjung diadakan Program Ceramah Keselamatan dan Cara Pengendalian Alatan Pemadam Api dan Pili Bomba.

Program anjuran Persatuan Penduduk Taman Fasa 2C bersama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Seri Manjung dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung.

Program dihadiri dan dirasmikan oleh Pegawai Tadbir, Majlis Perbandaran Manjung Encik Issamuddin bin Ibrahim, Encik Shuib bin Hj Idris Ketua Balai Bomba Seri Manjung.

Kehadiran anggota bomba daripada Balai Bomba Seri Manjung dengan kekuatan seramai 20 orang bagi berkongsi ilmu tentang cara penggunaan alatan pemadam api bagi menghadapi musibah kebakaran bersama komuniti Taman Fasa 2C.

Isu pembakaran terbuka yang menjadi masalah kepada komuniti setempat, ketidakfahaman komuniti tentang kebakaran seterusnya mewujudkan pasukan bomba komuniti di Taman Fasa 2C setelah Persatuan Penduduk Fasa 2C diluluskan Waran Geran Komuniti oleh Kementerian Dalam Negeri dan Pendaftaran Pertubuhan Persatuan.

Semoga usaha yang murni ini memberi kefahaman kepada komuniti Fasa 2C didalam menghadapi musibah kebakaran.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung





0 Comments:

Post a Comment