About

Friday 28 October 2022

TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT KOLEJ POLY-TECH MARA IPOH DALAM MENGKOMERSIALKAN KEINDAHAN PANTAI TELUK BATIK

 29 Oktober 2022 (Sabtu) - Aktiviti menanam pokok dan membersihkan kawasan pesisiran Pantai Peranginan Teluk Batik daripada sampah-sarap menjadi sebahagian dari inisiatif Pengarah dan kakitangan Kolej Poly-Tech MARA, Ipoh bagi mengindahkan kawasan pantai Teluk Batik destinasi pelancongan dan perkelahan yang ideal untuk dikunjungi di daerah Manjung.

Kolej Poly-Tech MARA Ipoh dibawah pimpinan Pengarah Puan Noor Laili Abdullah dengan kekuatan anggota seramai 40 orang kakitangan dari pelbagai jabatan berkolaborasi bersama Unit Landskap, Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar Zon 1 dan Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial telah melaksanakan program menanam dua pokok pelindung jenis Terminalia Catappa atau Ketapang di kawasan Tapak Perkhemahan @ Camper Site Teluk Batik , aktiviti pembersihan sampah- sarap dalam agenda pemuliharaan dan pemeliharaan pantai dan membuat pengedaran risalah @ flyer berkaitan maklumat berkaitan pelajaran di Kolej Poly-Tech MARA kepada pengunjung-pengunjung pantai termasuk kepada selebriti terkenal tanah air Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin @ lebih dikenali Puteri Sarah dari SKOP Production Sdn.Bhd yang turut hadir pada program "plogging" yang lain tetapi di pantai yang sama.
Objektif program ialah untuk memupuk kesedaran awam bahawa gaya hidup sihat berkait rapat dengan kebersihan persekitaran. Melalui program "plogging" ini disamping mengeratkan hubungan strategik antara agensi dan dapat juga menjalin hubungan ukhuwah antara kakitangan yang sebelum ini sibuk dengan tugasan masing-masing.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada pengurusan Kolej Poly-Tech MARA Ipoh yang membantu membudayakan kelestarian alam sekitar dan mengkomersialkan pantai peranginan Teluk Batik.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






0 Comments:

Post a Comment