About

Saturday 8 October 2022

PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2022 KOMUNITI KAMPUNG LUMUT KIRI PEMANGKIN PERPADUAN UMMAH

9 Oktober 2022 (Ahad) - Bertempat di perkarangan Surau Ar-Rasyid Kampung Lumut Kiri, Sitiawan telah diadakan Program Sambutan Maulidur Rasul tahun 2022. Hari ini 12 Rabiulawal dalam kalendar Islam adalah hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, nabi akhir zaman yang membawa rahmat untuk seluruh alam.

Program adalah anjuran dari Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) bersama Jawatankuasa Surau Ar-Rasyid telah dihadiri lebih daripada 100 orang terdiri daripada para jemputan dan warga komuniti kampung.
Tuan Haji Mohd Rafiq Haji Mohd, Ahli Majlis Zon 7 dan Tuan Haji Hamidun Ahmad Ahli Majlis Zon 8 Majlis Perbandaran Manjung dan Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial Majlis Perbandaran Manjung turut hadir menyeri majlis sambutan maulidur rasul bersama komuniti.
Seperti kelaziman, acara perarakan serta selawat keatas Junjungan Besar Baginda Nabi Muhammad SAW telah diadakan dengan perarakan secara berjalan kaki dan bermotosikal. Acara ini sesuai dengan kedudukan Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan Malaysia. Sambutan ini juga bukan sekadar memperingati hari ulang tahun kelahiran Rasulullah SAW, malah menjadi wadah
terbaik
dalam menyantuni masyarakat meneladani susur kehidupan, perjuangan dan sunnah Rasulullah SAW untuk diadaptasikan dalam kehidupan manusia sejagat.
Turut diadakan ialah majlis persembahan Qasidah daripada anak-anak Tahfiz Nur Muhammad dari Taman Intan, Sitiawan yang mengangkat keperibadian Nabi Muhammad sebagai tauladan dan pemangkin kemakmuran dalam menyatukan kaum Muhajirin dan Kaum Ansar diawal peristiwa Hijrah sesuai dengan tema sambutan seluruh negara tahun ini "Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran".

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung







0 Comments:

Post a Comment