About

Friday, 2 July 2021

INISIATIF PIHAK BERKUASA TEMPATAN BERSAMA SYARIKAT KORPORAT SANTUNI KOMUNITI

 BANTU SELAGI MAMPU, MENYANTUNI MEREKA YANG PERLU

Pandemik COVID-19 yang melanda negara masih belum berkesudahan. Semakin ramai yang tersepit dan hilang punca pencarian. Inisiatif yang diambil oleh kakitangan dari TNB Janamanjung Berhad yang diketuai oleh YBhg. Datuk Shamsul Ahmad, Pengarah Urusan TNB Janamanjung dan Majlis Perbandaran Manjung yang diketuai oleh Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua harus dipuji apabila kakitangan TNBJ telah bersama-sama menyumbang dalam bentuk wang tunai dan pelbagai barangan untuk keperluan asnaf kepada Persatuan Gerobok Kasih Manjung yang akan diagihkan kepada golongan asnaf sekitar Manjung. 
 
Manakala Majlis Perbandaran Manjung yang turut sama dalam program ini turut menyerahkan wang modal perniagaan kepada dua penerima dalam kategori asnaf bagi memulakan perniagaan mereka. Wang modal perniagaan ini adalah sumbangan daripada kakitangan-kakitangan Majlis Perbandaran Manjung sebagai salah satu inisiatif sosial untuk membantu golongan asnaf yang hilang punca pencarian untuk memulakan kehidupan baru bagi mencari rezeki pada tempoh sukar ini. MPM akan turut membantu bagi urusan pelesenan kedua-dua penerima ini. Kiosk yang bernilai hampir RM3000 ini adalah sumbangan ikhlas daripada DNE Custom and Ironworks Enterprise dan telah diwakafkan kepada Pertubuhan Gerobok Kasih Manjung. Semoga para penginfaq beroleh pahala dan rezeki yang berterusan dari Allah SWT.
 
Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada penduduk daerah Manjung yang begitu prihatin dalam membantu mereka yang memerlukan dan sanggup berkongsi rezeki dengan mereka yang terjejas akibat pandemik ini. 
 
Marilah kita bersama-sama berganding bahu membantu mereka yang memerlukan pada tempoh sukar ini. Semoga dengan lebih banyak tangan yang membantu, lebih banyak insan yang dapat dibantu. 
 
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung 
 







0 Comments:

Post a Comment