About

Thursday 29 July 2021

HAYATI KONSEP PENGORBANAN - INISIATIF LAGENDA PROPERTIES BERHAD KEPADA KOMUNITI DAERAH MANJUNG

 

HAYATI KONSEP PENGORBANAN - INISIATIF LAGENDA PROPERTIES BERHAD KEPADA KOMUNITI DAERAH MANJUNG

Pada hari ini pihak pengurusan Majlis Perbandaran Manjung dengan berbesar hati telah menerima sebanyak 100 kotak barangan makanan kering yang bakal akan diagihkan kepada 100 orang ketua keluarga yang terkesan kehidupan dan terjejas pendapatan akibat penularan pandemik Covid-19 yang belum berpenghujung.
 
Penghayatan terhadap pergorbanan sempena bulan Zulhijjah dimana.."memberi lebih baik daripada menerima.." diterjemahkan oleh Syarikat Lagenda Properties Berhad hari ini.
 
Susulan itu, Encik Zainal Ahmad, Public Relation Manager, mewakili bagi pihak Pengarah Lagenda Properties Berhad dengan rendah hati telah menyerahkan 100 kotak makanan kepada Encik Issamudin Ibrahim, Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial sebagai wakil bagi pihak Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Manjung yang berbesar hati menerima sumbangan tersebut. 
 
Sekalung tahniah diucapkan kepada pengurusan Lagenda Properties Berhad dan kakitangannya.
Semoga sumbangan yang amat berharga ini memberikan sinar keceriaan dan dapat mengukir senyuman ketua keluarga yang terkesan apabila menerimanya nanti.
 
Justeru itu adalah diharapkan lebih banyak lagi syarikat, korporat, konglomerat atau individu untuk tampil menyumbang bagi membantu insan yang begitu memerlukan diluar sana.
 
#kredit kepada Lagenda Properties Berhad
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
 
 





0 Comments:

Post a Comment