Program Skuad Muda RELA Hulu Selangor di pantai peranginan
Teluk Batik. (13 -14/04/2019). Program kemasyarakatan membersih kawasan
pantai dengan kekuatan 240 orang anggota, 80 orang RELA Hulu Selangor
disertai 80 orang anggota RELA Daerah Manjung dan 80 anggota RELA Hilir
Perak dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung. Pelbagai program
diadakan sejak awal pagi tadi seperti mendaki bukit 300, senamrobik,
gotong royong membersih kawasan pantai dan sukaneka. Fokus utama RELA
adalah beriadah sambil menjalankan tanggungjawab awam iaitu menjaga
kebersihan pantai peranginan Teluk Batik.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
0 Comments:
Post a Comment