Program Sempena Hari Bumi dan Konservasi Segari
Pada 19 hingga 21 April 2019 (Jumaat - Ahad) telah berlangsungnya Program Sempena Hari Bumi dan Konservasi Segari anjuran Ventrex «VOR» Outdoor Recreation bertempat di Pantai Pasir Panjang, Segari.
Antara aktiviti yang dilakukan adalah penanaman pokok dan pembersihan pesisir Pantai Pasir Panjang, Segari. Tujuan program adalah untuk menjaga kebersihan pantai sekaligus memelihara habitat penyu yang kian tercemar.
Semoga usaha murni ini dapat dicontohi oleh masyarakat untuk sama-sama menjaga kebersihan kawasan pantai dari sisa buangan seterusnya menaikkan jumlah Penyu yang datang untuk bertelur sekitar Pantai Pasir Panjang.
Bahagian Pelancongan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung.
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung.
0 Comments:
Post a Comment