PULAU
PANGKOR
telah menempah nama di persada dunia. Rata-rata pelancong sama ada daripada
dalam ataupun luar negara sudah tahu tentang kecantikan dan keindahan pulau
ketiga terbesar di Malaysia ini.
Disebalik persisir pantai yang bersih
serta tempat-tempat bersejarah yang masih tidak terjejas keasliannya, terdapat
beberapa makanan tradisi yang menjadi warisan penduduk disini. Dalam entri kali
ini, kita akan meninjau keistimewaan salah satu makanan tradisi yang boleh
didapati jika melancong ke Pulau Pangkor iaitu “LAKSAMEE PANGKOR”.
“Laksamee Pangkor” ini dihasilkan dengan beberapa bahan yang digabungkan
di dalam satu pinggan seterusnya menjadi satu hidangan. Antara bahan-bahan yang
penting ialah mee putih, kacang panjang
, sambal dan sup ikan.
Kadangkala sup ikan juga boleh digantikan
dengan sup ketam ataupun sup udang mengikut citarasa masing-masing. Oh yaa..
sambal pun boleh digantikan dengan sambal udang. Fuhh.. pasti memikat hati. Memang
terangkat beb !
Memang tidak dinafikan, keenakan “Laksamee
Pangkor” ini memang dapat dikagumi. Tambahan pula, Laksamee Pangkor ini amat
sesuai jika dinikmati semasa berkelah di tepi pantai. Kena betul dengan
citarasa si penggemar ‘seafood’.
Oleh itu, memang tidak lengkap jikalau tidak
merasai keenakan menu warisan ini apabila melawat ke Pulau Pangkor. Seiring
dengan popularitinya, Laksamee mudah didapati di gerai-gerai makanan yang ada
disekitar Pulau Pangkor. Jika anda melawat ke sini, mintalah pemandu pelacong
anda tunjukkan lokasi-lokasi ‘famous’
yang menyediakan “Laksamee Pangkor” ini.
Insha allah akan di senarai pendekkan lokasi-lokasi famous’ yang menyediakan “Laksamee Pangkor” dan juga resepi di entri seterusnya..
Sekian.
“Manjung Bandar Perlancongan &
Maritim”
“Maju, Progresif, Makmur”
0 Comments:
Post a Comment