About

Sunday, 15 July 2018

'BATU YASSIN' yang terletak di selatan Pulau Pangkor


Salam sejahtera.

Pada kali ini kita akan merungkai satu keajaiban alam semula jadi yang pasti menarik perhatian setiap yang melihatnya. Kewujudan batu yang amat unik ini dikenali sebagai ‘BATU YASSIN’. Namanya yang unik terhasil daripada bentuk fizikalnya seperti orang yang sedang duduk sambil berdo’a. Ada juga mitos dari orang-orang tua menceritakan, ada nelayan yang pernah terdengar orang membaca surah Yassin berhampiran batu tersebut. Tapi ianya hanya cerita mulut ke mulut sahaja. Tidak salah untuk kita dengari, tetapi jangan pula mempercayai ye kawan-kawan..

Lokasi batu ini dikhabarkan terlihat di pinggiran pantai Kampung Teluk Gedung, Pulau Pangkor, Perak. Difahamkan, tiada jalan darat yang dapat menghubungkan orang awam untuk sampai ke lokasi ini. Ianya dapat dilihat dari arah laut dengan menaiki ‘speed boat’. Ramai yang tidak mengetahui kewujudan Batu Yassin ini baik orang tempatan mahupun para pelancong oleh kerana kawasannya yang agak terpencil. Hanya nelayan atau ‘beach boy’ yang selalu turun ke laut sahaja dapat melihatnya.

Foto kredit : Rahiman Teh (Pemandu Pelancong)


Jika difikir dengan logik akal, Batu Yassin ini mungkin terbentuk disebabkan fenomena alam sejak beribu tahun. Ianya sama seperti batu-batu yang wujud di muka bumi ini, ia terhasil daripada kesan hakisan semulajadi sejak ribuan tahun dahulu. Namun, walaubagaimanapun keadaan dan bentuk batu ini pastinya tiada yang mustahil dengan kebesaran Allah SWT.

Dengan kewujudan Batu Yassin, ianya sedikit sebanyak menyedarkan kita tentang kekuasan Allah yang Maha Mencipta di langit dan di bumi. Kita sebagai manusia perlulah menghargai keajaiban alam yang indah seperti ini.

Sekian.


“We Love Pangkor, We Keep Pangkor Clean”
“Manjung Bandar Pelancongan & Maritim”
“Maju, Progresif, Makmur”


Sumber maklumat & foto : Penduduk Tempatan Pulau Pangkor.





0 Comments:

Post a Comment