Bengkel Local Agenda 21 Pelancongan Daerah Manjung : Pangkor Tourist Trail anjuran Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial, Majlis Perbandaran Manjung telah diadakan pada 30 Mac 2017, jam 8.00 pagi di Dewan Alamanda, Majlis Perbandaran Manjung. Bengkel ini telah dihadiri lebih 30 orang peserta yang terdiri daripada pengusaha-pengusaha industri pelancongan melibatkan sektor perhotelan, agensi pelancongan, syarikat pengangkutan , agensi kerajaan dan lain-lain yang berkaitan dengan industri ini.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah memberi fokus kepadan semakan semula produk tarikan utama Pulau Pangkor dikalangan peserta yang terdiri daripada pelbagai sumber alam semulajadi, budaya, warisan sejarah dan sebagainya.
0 Comments:
Post a Comment