About

Friday, 9 June 2017

Program Berbuka @Komuniti Surau Al Syuhada Tebuk Yan Pantai Remis

Program berbuka puasa @komuniti telah diadakan di Surau Al-Syuhada, Kg Tebuk Yan Pantai Remis pada 9 Jun 2017
bersamaan dengan 14 Ramadan Jumaat. Program berbuka ini anjuran bersama Majlis Perbandaran Manjung melalui Ahli Majlis bersama Jawatankuasa Penduduk MPM, Jawatankuasa Surau dan Jawatankuasa Penduduk. Program yang bertujuaan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara masyarakat ini juga dimanfaatkan dengan sesi interaksi antara Ahli Majlis, Pegawai MPM dengan komuniti setempat. 

Program ini di selaras oleh Ahli Majlis kawasan zon 20, En Arifin bin Jaafar dihadiri Oleh YB Dato Abd Manaf ADUN Pengkalan Bharu  serta turut hadir bersama Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung, En Mohd Helmi Bin Arifin, Akauntan, En Razali Bin Mat Nayan serta pegawai pegawai lain. Seramai 80 orang ahli kariah dan komuniti hadir berbuka bersama serta menyertai solat terawikh disamping sesi santai berinteraksi isu semasa selepas solat terawikh. Sejumlah 3 perkara disampai oleh wakil komuniti setempat dalam sesi interaksi santai dan pihak MPM telah mengambil tindakan susulan.


MAJLIS PERASMIAN MASJID SERIBU SELAWAT, PULAU PANGKOR



MASJIS AL-BADR SERIBU SELAWAT DI WAKTU MALAM

Thursday, 8 June 2017

AREA OFFICER TURUN PADANG

Inisiatif perlaksanaan melalui Jawatankuasa Penduduk  Majlis Perbandaran Manjung, Ahli Majlis bertindak sebagai Area Officer dan menjadi pengerusi penyelaras bagi jawatankuasa ini. 

#kenalimereka


Program Interaksi Bersama Pemimpin
Ayer Tawar
8 Jun 2017
Tamam Ayer Tawar dan Taman Dinding

Ahli Majlis Pang Chok Kin selaku pengerusi penyelaras Jawatankuasa Penduduk Zon 18 Ayer Tawar turun padang bagi berinteraksi bersama penduduk setempat menyelami masalah dan mencari jalan penyelsaian.

Program ini merupakan satu inisiatif pelaksanaan melalui Jawatakuasa Penduduk dimana Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung bertindak sebagai pengerusi penyelaras. 

Melalui sesi ini, penduduk berpeluang mengemukakan aduan dan cadangan terus kepada Ahli Majlis. Tindakan segera yang bersesuai dengan isu juga telah diselesaikan pada waktu yang sama.





Oleh Bahagian Kemasyarakatan, Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung

Thursday, 1 June 2017

BERBUKA PUASA @ KOMUNITI SURAU AL-SAADIAH


Program berbuka puasa @komuniti telah diadakan di Surau Al-Saadiah, Beruas pada 30 Mei 2017
bersamaan dengan 4 Ramadan Selasa. Program berbuka ini anjuran bersama Majlis Perbandaran Manjung dengan Ahli Majlis, Kawasan Rukun Tetangga dan Jawatankuasa Penduduk. Program ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara masyarakat.





Monday, 29 May 2017

PROGRAM KEMASYARAKATAN BULAN JUN 2017 IHYA' RAMADHAN MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG


Thursday, 25 May 2017

"KENALI PENYU, SAYANGI PENYU"


Program "Kenali Penyu, sayangi Penyu" anjuran Jabatan Perikanan Negeri Perak bersama Malakoff Corporation Berhad telah diadakan pada 25 Mei 2017 (Khamis) di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Pasir Panjang, Segari. Program ini telah disertai lebih kurang 100 orang peserta.

Antara program yang diadakan pada hari tersebut ialah program gotong-royong pembersihan kawasan penyu, taklimat kesedaran penyu oleh Pegawai Penyelidik Pusat Penyu & Ekosistem Marin (TUMEC)  dan pelepasan anak penyu. Ianya secara tidak langsung dapat memberi pendedahan kepada orang awam terhadap pemeliharaan penyu.






Monday, 22 May 2017

PROGRAM GOTONG ROYONG KASTAM


Program gotong royong Kastam telah diadakan pada 19 Mei 2017 Jumaat bertempat di Jabatan Kastam. Program ini anjuran Jabatan Kastam dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung. Aktiviti membersihkan dan menceriakan kawasan persekitaran ini adalah salah satu usaha menyahut seruan "PERAK YANG BERSIH". Program sebergini bukan sahaja dapat menjadikan kawasan tersebut cantik dan bersih tetapi dapat mengeratkan hubungan silaturrahim.





PROGRAM SENAM SIHAT DAN KEMPEN MANJUNGKU BERSIH



Program Senam Sihat dan Kempen Manjungku Bersih telah diadakan pada 20 Mei 2017 (Sabtu) jam 8.00 pagi bertempat di dataran Masjid Jamee Ikhwan Desa Manjung Raya (Venice). Program anjuran Kawasan Rukun Tetangga dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung ini telah dihadiri kira-kira 
lapan puluh penduduk taman tersebut yang melibatkan semua lapisan masyarakat seperti kanak-kanak, remaja dan dewasa. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Rashidi bin Ibrahim Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang. Terdapat acara menanam pokok tin dan pokok kurma, gotong royong serta senam sihat. Program sebegini patut diteruskan lagi pada masa akan datang dan boleh dijadikan sebagai contoh kepada taman-taman yang lain.  






ANJUNG RAYA

Monday, 15 May 2017

PANGKOR INTERNATIONAL CORAL BAY RUN 2017

Program Pangkor International Coral Bay Run 2017 anjuran Pangkor Coral Bay Resort dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung telah diadakan pada 14 Mei 2017 (Ahad), jam 7.00 pagi di Pulau Pangkor. Program yang merupakan acara tahunan setiap tahun ini bertujuan bagi mempromosikan Pulau Pangkor sebagai destinasi acara sukan pelancongan.

  




Program Khidmat Masyarakat oleh Management and Science University

School of Education and Social Scienes (SESS), Management and Sciene University dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung telah mengadakan Program khidmat Masyarakat pada 13 Mei 2017 (Sabtu), jam 9.00 pagi di kawasan Teluk Batik. Program yang berbentuk aktiviti pembersihan kawasan pantai dan penanaman pokok di sekitar kawasan pelancongan tersebut telah disertai oleh 80 orang pelajar dan pensyarah termasuk anggota Majlis Perbandaran Manjung.




Usaha ini juga mendapat reaksi yang positif dikalangan pelajar sendiri dimana mereka berpeluang untuk melakukan khidmat sosial kepada alam sekitar dan masyarakat.










                                                                  

PROGRAM YAB DATO' SERI DIRAJA DR' ZAMBRY BIN ABD KADIR, MENTERI BESAR PERAK BERSAMA KOMUNITI


Program Yab Dato' Seri Diraja Dr' Zambry Bin Abd Kadir, Menteri Besar Perak Bersama Komuniti telah diadakan pada 14 Mei 2017 (Ahad) bertempat di Tanah di belakang Kolej Vokasional manjung (Taman Fasa 3C dan Manjung Baru). Program ini menjurus kepada sumbangan pembinaan Sekolah Agama (SAR) Nurussalam. Sumbangan itu melibatkan sejumlah RM 300 ribu telah diberikan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK) dan RM 500 ribu lagi daripada kerajaan negeri. Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata penambahan jumlah murid sekitar 100 orang memerlukan kepada pembinaan sekolah berkenaan secepat mungkin. Dalam masa yang sama, terdapat juga penyerahan cabutan bertuah cukai taksiran kepada para penerima hadiah utama. 






Monday, 8 May 2017

KARNIVAL AMAL SURAU AR-RAHMAN FASA 2 GABUNGAN


Karnival Amal Surau Ar-Rahman Fasa 2 Gabungan telah diadakan pada 6 Mei 2017 sabtu jam 8.30 Pagi hingga 10.00 malam. Terdapat pelbagai acara yang telah diadakan pada hari tersebut antaranya ialah mewarna dan melukis, pakaian beragam, sepak raga dan pelbagai jenis gerai jualan diadakan. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Rashidi bin Ibrahim Ahli Dewan Undangan Kawasan Pasir Panjang. Program sebegini perlu diteruskan lagi dan dijadikan contoh kepada taman-taman lain. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan antara penduduk taman tersebut serta memberi peluang kepada usahawan muda untuk memperluaskan perniagaan mereka. Pihak Majlis Perbandaran Manjung turut membuka kaunter bayaran lesen oleh itu, Pengunjung yang hadir juga boleh membuatsemakan lesen dan membayar di kaunter yang telah disediakan pada hari tersebut.