Program "Kenali Penyu, sayangi Penyu" anjuran Jabatan Perikanan Negeri Perak bersama Malakoff Corporation Berhad telah diadakan pada 25 Mei 2017 (Khamis) di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Pasir Panjang, Segari. Program ini telah disertai lebih kurang 100 orang peserta.
Antara program yang diadakan pada hari tersebut ialah program gotong-royong pembersihan kawasan penyu, taklimat kesedaran penyu oleh Pegawai Penyelidik Pusat Penyu & Ekosistem Marin (TUMEC) dan pelepasan anak penyu. Ianya secara tidak langsung dapat memberi pendedahan kepada orang awam terhadap pemeliharaan penyu.
0 Comments:
Post a Comment