About

Monday, 27 April 2020

PENGAGIHAN TOPENG MUKA KEPADA KOMUNITI OLEH AHLI MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

Berkhidmat selagi mampu..walaupun bakal mengakhiri tanggungjawab sebagai Ahli Majlis Perbandaran Manjung pada 30 April 2020 ini namun berbekalkan semangat yang membara dan keikhlasan untuk berkhidmat kepada komuniti setempat tetap terus di laksanakan.

Program mengedarkan topeng muka @ face mask sumbangan Kerajaan Malaysia melalui Kerajaan Negeri Perak yang disalurkan oleh Pejabat Daerah Dan Tanah Manjung telah  di laksanakan oleh Majlis Perbandaran Manjung menerusi Ahli Majlis Perbandaran yang bertindak sebagai 'area Officer' di kawasan zon masing-masing.

Mejar (KM) Azizun Bin Ishaak (Bersara) Ahli Majlis Zon 21(Pekan Beruas-Batu Hampar-Kg Pengkalan Baru), Encik Aremugam A/L Perumal, Ahli Majlis Zon 23 (Taman Bintang, Pantai Remis) dan Encik Mohamad Zaini Bin Hasbullah, Ahli Majlis Zon 14 (Taman Dinding-Kg Sg Ramai, Ayer Tawar) meneruskan tradisi menyantuni komuniti setempat melalui pengagihan topeng muka (face mask) dan juga mengagihkan sedekah peribadi berupa barangan makanan keperluan harian kepada komuniti yang tidak berkemampuan.

Semoga iniasiatif jiwa murni yang telah di terapkan oleh Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung seumpama ini menjadi amalan mulia yang dapat diteruskan daripada masa ke semasa didalam mengeratkan hubungan silaturrahim dan mesra antara Pihak Berkuasa Tempatan dan komuniti di kawasan Majlis Perbandaran Manjung.

#perangiCovid-19 #staysave #kitajagakita

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






Friday, 24 April 2020

PENGAGIHAN TOPENG MUKA KEPADA KOMUNITI PERBANDARAN MANJUNG - FASA KE-2

Program Pengagihan topeng muka @ face mask sumbangan Kerajaan Malaysia terus di laksanakan melalui  Ahli Majlis Perbandaran Manjung, Pengerusi Kawasan Rukun Tertangga (KRT), Pengerusi Pertubuhan/Persatuan Penduduk (PPP) dan Badan Pengurusan Bersama komuniti strata (JMB) kepada komuniti setempat di Daerah Manjung.

Program tersebut yang telah dilancarkan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung Tuan Syamsul Hazeman Bin Md Salleh pada minggu yang lepas terus mendapat sambutan yang amat baik dikalangan komuniti perbandaran.

Komuniti yang terdiri daripada pelbagai kaum memberi reaksi dan maklum balas yang amat baik dan berterima kasih atas keprihatinan pihak kerajaan menjaga keselamatan rakyat didalam menghadapi ancaman wabak Covid 19.

Kepada Ahli Majlis, Ketua KRT, JPP dan JMB Daerah Manjung yang telah melaksanakan amanah dan tanggung jawab dengan berhemah, pihak Majlis Perbandaran Manjung mengucapkan jutaan terima kasih diatas kerjasama baik dan sikap tolenrasi yang ditunjukkan bagi memastikan golongan sasar mendapat kebaikan dan matlamat kerajaan tercapai.

#perangicovid19 #staysave #kitajagakita

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung









Sunday, 19 April 2020

PENGAGIHAN BEKALAN TOPENG MUKA KERAJAAN MALAYSIA KEPADA KOMUNITI - FASA KE-1

19 April 2020, bertempat di perkarangan Bangunan Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Manjung telah diadakan Majlis pelancaran 11 unit "EZ Sinitizer" hasil daripada projek inovasi Unit Landskap daripada bahan buangan.

Turut diadakan adalah majlis simbolik penyerahan topeng penutup muka bagi membendung penularan Covid-19 oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung Tuan Syamsul Hazeman Bin Md Salleh kepada Tuan Haji Badrul Bin Bulat dan Tuan Haji Abdull Hamid Bin Abdull Majid, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung dan wakil Kawasan Rukun Tertangga (KRT) Encik Zainul Abidin Bin Ariffin sebelum diedarkan kepada komuniti perbandaran Daerah Manjung.

Serentak setelah selesai majlis pelancaran, Ketua Jabatan, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial Encik Issamudin Bin Ibrahim dan pasukan telah turun ke lokasi komuniti untuk menemui semua 20 orang lagi Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung dan wakil komuniti termasuk Pengerusi Persatuan Penduduk (PPP), Pengerusi Kawasan Rukun Tertangga (KRT) dan wakil Badan Pengurusan Bersama (JMB) komuniti strata bagi mengagihkan bekalan topeng muka sumbangan Kerajaan Malaysia melalui perantaraan Pejabat Daerah Dan Tanah Manjung.

Semoga usaha murni yang dilaksanakan tersebut dapat memenuhi hasrat dan inspirasi kerajaan bagi menjaga keselamatan rakyat sebagai priority utama yang perlu dititik beratkan.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung











Monday, 13 April 2020

Program Turun Padang dan lawatan kerja pemantauan Pematuhan aktiviti perniagaan sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di pasar awam

Isnin, 13 April 2020 bertempat di Pasar Awam Ayer Tawar, Pasar Awam Simpang Dua, Pasar Awam Pekan Gurney, Pasar Awam Kampung Koh, Pasar Awam Sitiawan dan Pasar Awam Seri Manjung Program Turun Padang dan lawatan kerja pemantauan Pematuhan aktiviti perniagaan sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di pasar awam tersebut.

Lawatan turun padang diadakan pada setiap minggu oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung Tuan Syamsul Hazeman Bin Md Salleh, Setiausaha Perbandaran Encik Mohd Helmi Bin Arifin diiringi oleh Ketua Jabatan Kesihatan Persekitaran Dan Perkhidmatan Bandar Encik Meor Zakaria Bin Meor Hamzah dan Encik Mohd Zahrizan Bin Mohd Dinin Ketua Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Manjung.

Objektif adalah bagi meninjau dan menyelami denyut nadi komuniti peniaga dan awam perbandaran Manjung dalam menjalani kehidupan mengharungi suasana covid 19 yang melanda seluruh negara dan juga bagi menyuntik semangat serta memberi sokongan moral kepada frontliners Majlis Perbandaran Manjung.

Semoga inisiatif murni yang telah dilaksanakan dapat memupuk komuniti yang berjiwa kental dan bersatu padu.

#perangicovid-19 #kitajagakita
#kitamestimenang 

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung










Saturday, 28 March 2020

AGIHAN SAYUR-SAYURAN KEPADA PETUGAS HADAPAN COVID-19

Majlis Perbadaran Manjung mengucapkan jutaan terima kasih kepada DBE Gurney Resources Sdn. Bhd kerana telah menyahut seruan kerajaan agar turut serta memberi bantuan bagi meringankan beban serta memberi sokongan kepada frontliner dalam membendung wabak covid-19 sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. 

Terima kasih juga diucapkan kepada pihak DBE Gurney Resources Sdn Bhd kerana telah menyumbang sebanyak 7 tan sayur-sayuran pelbagai jenis seperti timun, sawi, kailan, salad, kobis dan siew pokchoy segar daripada ladang di Cameron Highland kepada pasukan Fronliner dan golongan yang memerlukan dalam tempoh PKP ini.

Pengagihan sayur-sayuran ini telah dilaksanakan oleh pihak Majlis Perbandaran Manjung melalui Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial secara berperingkat supaya tiada terjadi perjumpaan berkelompok secara beramai-ramai dan mengekalkan konsep social distancing.

Agensi yang terlibat menerima agihan ini:
1) MPM
2) PDRM
3) Bomba Dan Penyelamat
4) Hospital Daerah Manjung dan PKD Manjung
5) RELA
6) APM
7) TLDM
8) Pusat Tahfiz dan Pondok
9) Masjid dan Surau
10) Kawasan Rukun Tetangga , penerima projek E-kasih dan orang awam

#perangicovid-19 #sumbaganandapenghargaanbagikami #stayathome

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung

Friday, 13 March 2020

KEMPEN KEBERSIHAN PASAR AWAM PERBANDARAN MANJUNG

Petang ini program gotong royong membersih Pasar Awam di Daerah Manjung diadakan. Sebanyak 3 buah pasar awam dilaksanakan serentak pada petang ini iaitu Pasar Awam Sitiawan, Pasar Awam Seri Manjung dan Pasar Awam Ayer Tawar. 

Jabatan Kesihatan Persekitaran Dan Perkhidmatan bertindak sebagai penyelaras bagi kerja-kerja pembersihan di Bandar Zon 1 (Seri Manjung), Zon 2 (Sitiawan) dan Zon 3 (Ayer Tawar).

Setiausaha Perbandaran Encik Mohd Helmi Bin Arifin turut hadir turun padang ke program gotong royong ini bersama-sama Pengarah Jabatan Penilaian, Ketua Jabatan, Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar dan Ketua Jabatan, Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Manjung.

Misi adalah bagi memupuk amalan kebersihan sebagai budaya Masyarakat Malaysia disamping memantapkan pelaksanaan aktiviti kebersihan persekitaran melalui inisiatif masyarakat dan meningkatkan aktiviti pengawasan dan penguatkuasaan secara bersepadu.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung