" Indah Dimata, Tenang Dihati" itu adalah motto Kolej Matrikulasi Perak pada program pagi ini.
Pantai Peranginan Teluk Batik, Lumut pagi ini menerima kunjungan 40
orang termasuk pensyarah, pelajar Kolej Matrikulasi Perak di dalam
melaksanakan Program Kemasyarakatan Membersih Pantai.
Program
adalah anjuran Jabatan Pengajian Am Kolej Matrikulasi Perak bertemakan
ke arah mencintai keindahan pantai dan alam semula jadi.
Program yang berobjektifkan membersih dan mengindahkan persisiran
pantai disamping memupuk semangat kerjasama, menerap nilai-nilai murni
dan tanggungjawab masyarakat terhadap menjaga kebersihan tempat awam
serta bersama melaksanakan pelan tindakan LA21 Bersih Indah Majlis
Perbandaran Manjung.
Semoga usaha dan nilai murni yang
disumbangkan pada program pagi ini memberi impak yang baik kepada
masyarakat untuk bersama-sama menjaga kebersihan pantai milik awam.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
Program Turun Padang Majlis Perbandaran Manjung Bersama YB ADUN
Astaka, Sitiawan Encik Teoh Yee Shern berlangsung sebentar tadi di bawah
Inisiatif Program Bandar Selamat PBT untuk mewujudkan alam persekitaran
bandar yang lebih selamat.
Lokasi tumpuan adalah di padang
rekreasi Taman Muhibbah 1, Sitiawan. Turut hadir adalah Setiausaha
Perbandaran Encik Mohd Helmi Bin Arifin, Ahli Majlis Perbandaran Manjung
Zon Sitiawan, Encik Khairil Azhar Bin Khairuddin, Encik Cheong Ngin
Koong, Ketua-Ketua Jabatan Majlis Perbandaran Manjung, KRT Sitiawan Bandar dan komuniti setempat.
Program Turun Padang di waktu malam adalah bagi melihat sendiri realiti
sebenar keperluan dan masalah komuniti yang memerlukan penyelesaian
yang berorientasikan rakyat.
Dalam taklimat sebentar tadi, YB
Adun Astaka menyatakan kesungguhan dan kesanggupannya untuk menggunakan
dana peruntukannya sebagai ADUN Astaka untuk membiayai kos bagi tujuan
pencahayaan gelanggang bola keranjang di lokasi tersebut bagi kegunaan
komuniti setempat beriadah.
Majlis Perbandaran Manjung juga akan
turut memainkan peranannya untuk memastikan aduan komuniti berkaitan
nyamuk bagi banteras wabak denggi, aduan kacau ganggu anjing dan
sebagainya yang dianggap menjadi acaman kepada komuniti dan tahap
infrastuktur yang sebaiknya dimana Setiausaha Perbandaran menyatakan
akan meneruskan amalan atau pendekatan Turun Padang bagi mengenal pasti
masalah komuniti menjurus kepada penyelesaian masalah.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
Hari ini Program Gerak Kerja Rakan Taman Majlis Perbandaran Manjung
di laksanakan serentak di 4 lokasi Rakan Taman iaitu Rakan Taman, Taman
Kiara, Lekir, Rakan Taman Fasa 2 Gabungan (Fasa 2D, 2E, 2F dan 2G), Seri
Manjung, Rakan Taman 2J, Seri Manjung dan Rakan Taman Sungai Wang, Ayer
Tawar.
Program yang di laksana pada hari ini adalah
kesinambungan sempena Majlis Pelancaran Rakan Taman Majlis Perbandaran
Manjung yang telah dirasmikan oleh Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung, Encik Mohd Helmi Bin Arifin pada 28 Disember 2019 yang lalu di Rakan Taman, Taman Manjung Point 1, Seri Manjung.
Program pada hari ini adalah tertumpu kepada acara menanam 8 jenis
pokok buah-buahan yang telah dibekalkan oleh Unit Landskap Majlis
Perbandaran Manjung melalui peruntukan yang disalurkan oleh Jabatan
Landskap Negara (JLN) terdiri daripada pokok Jambu Madu, Belimbing Madu,
Ciku, Belimbing Buluh, Durian Belanda, Kedondong, Limau Kasturi dan
Limau Purut.
Semoga usaha Gerakan Rakan Taman yang diadakan ini
dapat memupuk semangat kesukarelawanan dan dijadikan amalan memelihara,
memulihara dan menyelenggara taman di kawasan kejiranan.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
GERAK KERJA RAKAN TAMAN - SITIAWAN BARAT
GERAK KERJA RAKAN TAMAN - FASA 2 GABUNGAN
GERAK KERJA RAKAN TAMAN - TAMAN KIARA
GERAK KERJA RAKAN TAMAN - TAMAN SG WANG
Terima kasih diucapkan kepada Universiti Kuala Lumpur Royal College
Of Medicine Perak, Ipoh (UniKL RCMP) yang membawa seramai 39 orang
Mahasiswa dan Mahasiswi dan 1 orang Pensyarah bagi melaksanakan Program
Kemasyarakatan Mengutip Sampah Sarap di Pantai Peranginan Teluk
Senangin, Lumut.
Program adalah anjuran Kelab Pembina UniKL RCMP
dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung adalah didalam konteks
menjalinkan hubungan pelan Tindakan Local Agenda (LA21) Bersih Indah
Majlis Perbandaran Manjung disamping menggalakkan hubungan strategik antara agensi.
Objektif program adalah bagi mewujudkan kesedaran dan sikap
bertanggungjawab di kalangan pengunjung pantai peranginan ini untuk
bersama aktif di dalam menjaga kebersihan, keceriaan dan keindahan
pantai awam.
Hasil daripada kutipan sampah sarap pada program
pagi ini menunjukkan betapa banyak sampah yang dibuang tanpa rasa
tanggungjawab oleh pengunjung sedangkan ia sepatutnya tidak berlaku.
Semoga inisiatif murni yang telah dilaksanakan ini memberi kesedaran
awam bahawa menjaga kebersihan pantai adalah tanggungjawab semua.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
Sebentar tadi dalam kekangan masa dan kesibukan tugas Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Manjung Tuan Syamsul Hazeman Bin Md Salleh
berkesempatan membuat kunjungan prihatin sebagai luahan rasa simpati
ke lokasi kediaman Encik Arsad Bin Riffin di Taman Mas, Kampung Koh,
Sitiawan.
Setiausaha Kelab I Love Manjung (KILM) ini lebih mesra
dikenali sebagai "Long PakChat" oleh netizen telah diberi ujian oleh
Allah SWT pada awal tahun baru 2020 ini dengan ditimpa musibah
kebakaran yang telah memusnahkan teruk keseluruhan rumah kediamannya.
Di kesempatan kunjungan tersebut beliau turut berkenan menyampaikan 2
kotak makanan keperluan Projek ERAT Majlis Perbandaran Manjung dan juga
sumbangan ikhlas peribadi beliau sendiri kepada "Long pak Chat" sebagai
meringankan bebanan kewangan yang terpaksa ditanggungnya.
Turut
serta adalah Pengarah Jabatan Perbendaharaan Encik Razali Bin Haji Mat
Nayan dan Encik Issamudin Bin Ibrahim, Ketua Jabatan Pembangunan
Komuniti Dan Sosial Majlis Perbandaran Manjung.
Semoga kunjungan
tanda prihatin Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung ini menyemarakan
lagi perpaduan dan membentuk komuniti yang prihatin kepada kesusahan
orang lain.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
"...Dunia masakini yang penuh dengan cabaran..cabaran kepada peranan
ibu bapa untuk melahirkan generasi berilmu dan berakhlak kearah
kecemerlangan dunia dan akhirat..." itulah intipati yang boleh diambil
dari ucapan perasmian Program Tahfiz Intergrasi An Nur 3.0.
Pagi
ini bertempat di Pusat LatihanTahfiz Intergrasi (PTI) An Nur Kampung
Teluk Pencalang, Pasir Panjang sedang berlangsung Majlis Perasmian
Program Pendaftaran Tahfiz Intergrasi An Nur Siri 3.0 anjuran Yayasan
Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM).
Perasmian program telah dilakukan oleh Laksamana Dato' Pahlawan Haji
Sulaiman Bin Muhamad yang juga Pengerusi Masjid An-Nasriyah, Sitiawan
yang telah mewakili bagi pihak Orang Besar Jajahan Manjung (OBJ) YDH Toh
Seri Bijaya Lt.Kol (B) Dato' Shaharudin Bin Haji Nazari.
Seramai
24 orang peserta telah terpilih oleh PTI An Nur bagi siri ke-3 kali ini
setelah berjaya melalui tapisan yang ketat. Tahniah diucapkan kepada
pelajar dan ibubapa semua yang berjaya dan mendaftar sebagai pelajar
baru untuk menjadi insan yang soleh dan solehah disamping berjiwa kental
menghadapi hari-hari mendatang.
Anak adalah saham akhirat
ibubapa jika dapat ditarbiyahkan sejak kecil dengan kalam Al-Quran
didalam dada walaupun berjawatan tinggi dan profesional sehebat manapun,
letaklah..campaklah walau dimana sahaja, hanya Allah dan Rasul sahaja
yang menjadi ikutan dan pendindingnya.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung