About

Friday, 7 April 2017

PROGRAM GOTONG ROYONG KAMPUNG KOTA ,PULAU KABUNG, GELUNG PEPUYU DAN SEKITAR BERUAS


Program Gotong Royong Kampung Kota, Pulau Kabung, Gelung Pepuyu dan sekitar beruas telah diadakan pada 6.4.2017 Khamis pada 8.00 pagi.  Program kemasyarakatan ini selaras dengan program Local Agenda 21 (LA21) di bawah pelan tindakan bersih indah Majlis Perbandaran Manjung di bawah kebersihan alamm sekitar. Pihak Majlis mengalu-alukan usaha murni dan tindakan prihatin dalam program khidmat komuniti di kawasan daerah Manjung. 




Tuesday, 4 April 2017

Kejohanan Pelayaran Majlis Sekolah Malaysia (MSSM) Tahun 2017



Program Kejohanan Pelayaran Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Tahun 2017 peringkat kebangsaan anjuran Kementeian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung telah diadakan pada 17 hingga 25 Mac 2017 di Pantai Teluk Batik, Lumut.  Program telah disertai oleh 16 buah negeri termasuk Sabah dan Sarawak


Dengan adanya program seperti ini, secara tidak langsung dapat mewujudkan semangat kesukanan dan menanam minat terhadap sukan yang mencabar seperti ini. Ianya juga dapat memupuk sikap semangat bekerja secara berpasukan dan mengeratkan silaturrahim diantara satu sama lain.



Monday, 3 April 2017

PELANCARAN PROGRAM PERAK YANG BERSIH SERENTAK DI SELURUH NEGERI PERAK


Pelancaran program Perak yang bersih serentak di seluruh negeri Manjung telah diadakan pada 31 Mac 2017 (Jumaat), 7.30 pagi-10.00 pagi bertempat di kawasan lapang Taman Perumahan Fasa 2G, Seri Manjung. Bagi agensi dan jabatan kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan, sekolah dan institusi  pendidikan, Jawatankuasa Perwakilan Penduduk, Kawasan Rukun Tetangga dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung yang tidak menyertai pelancaran program tersebut di kawasan lapang Taman Perumahan Fasa 2G, Seri Manjung mereka melakukan aktiviti pembersihan di kawasan dan agensi masing-masing betepatan dengan hasrat untuk menjadikan negeri Perak sebagai sebuah negeri yang bersih. Anggaran lebih 10,000 warga perbandaran Manjung yang telah menjayakan aktivi pembersihan ini antaranya melibatkan sekolah dan Institusi Pendidikan diseluruh daerah Manjung, warga TLDM, pasar awam, Pejabat dan klinik-klinik kesihatan,Warga Pangkor dan seluruh warga komuniti setempat. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Rashidi bin Ibrahim Ahli Dewan Undangan Kawasan Pasir Panjang.







Sambutan Hari Lanskap Negara 2017



Sambutan Hari Lanskap Negara 2017 anjuran Jabatan Lanskap Negara telah diadakan pada 31 Mac hingga 2 April 2017 bertempat di Taman Tasik Kamunting, Taiping. Program yang bertemakan "Gerakan Rakan Taman Untuk Kesejahteraan Penduduk Bandar" telah mendapat sambutan dari pengunjung yang datang.





Majlis Perbandaran Manjung turut menyertai pameran lanskap dan rakan taman melalui jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial dan Unit Lanskap serta mengambil bahagian dalam reka bentuk lanskap dan mural painting melalui penyertaan rakan taman Fasa 2J dan Fasa 3A Seri Manjung.




Acara ini dilihat bertepatan dengan Tahun Melawat Perak disamping menjadi medium mempromosikan rakan taman dan juga industri lanskap kepada masyarakat.







Thursday, 30 March 2017

PROGRAM PERJUMPAAN TUAN YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA AHLI MAJLIS, MAJLIS MASYARAKAT SIVIL, JAWATANKUASA PERWAKILAN PENDUDUK DAN KAWASAN RUKUN TETANGGA(TOWN HALL MEETING SIRI 1 2017)


Program Perjumpaan Tuan yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung telah diadakan pada 28 Mac 2017 di Dewan Alamanda, Majlis Perbandaran Manjung.Program ini adalah salah satu inisiatif Majlis Perbandaran Manjung dalam mendekati komuniti dan mendengar permasalahan mereka.Isu-isu yang telah dibincangkan semasa jelajah tersebut telah diambil perhatian dan dalam perancangan untuk tindakan selanjutnya selain terdapat juga isu-isu yang telah jelas dan diselesaikan. Isu-isu yang dibincangkan merangkumi isu sosial, ekonomi dan keselamatan.




BENGKEL LOCAL AGENDA 21 PELANCONGAN DAERAH MANJUNG : PANGKOR TOURIST TRAIL



Bengkel Local Agenda 21 Pelancongan Daerah Manjung : Pangkor Tourist Trail anjuran Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial,  Majlis Perbandaran Manjung telah diadakan pada 30 Mac 2017, jam 8.00 pagi di Dewan Alamanda, Majlis Perbandaran Manjung. Bengkel ini telah dihadiri lebih 30 orang peserta yang terdiri daripada  pengusaha-pengusaha industri pelancongan melibatkan sektor perhotelan, agensi pelancongan, syarikat pengangkutan , agensi kerajaan dan lain-lain yang berkaitan dengan industri ini.




Tujuan bengkel ini diadakan adalah memberi fokus kepadan semakan semula produk tarikan utama Pulau Pangkor dikalangan peserta yang terdiri daripada pelbagai sumber alam semulajadi, budaya, warisan sejarah dan sebagainya.



KOTA BELANDA TARIKAN DI PANGKOR




Monday, 27 March 2017

PROGRAM "PROTON GATHERING 11"



Program  Proton Gathering 11 anjuran Geng Autoshow Perak dengan kersama Majlis Perbandaran Manjung telah diadakan pada 26 Mac 2017, jam 8.00 pagi  di Dataran Hadhari, Teluk Batik. Program yang melibatkan golongan belia ini telah  disertai lebih 500 orang peserta dari seluruh Negeri.






Tujuan program ini diadakan ialah bagi menyemarakkan lagi aktivit permotoran di daerah Manjung dan secara tidak langsung dapat mempromosikan sektor pelancongan yangs edia ada.







PROGRAM SEMARAK KOMUNITI DAN HARI TANPA KERETA



Program Semarak 2017 (Semarak Bersama Masyarakat) & Hari Tanpa Kereta telah diadakan pada 25 Mac 2017 (Sabtu) jam 7.00 pagi hingga 10.00 pagi bertempat di Jalan Pinang Raja (Berhadapan Majlis Perbandaran Manjung). Antara aktiviti yang telah diadakan ialah jualan preloved manjung dan makanan ,Senamrobik, Sepak Raga, Skateboard dan Roller Blade, serta Street Soccer. Program ini selaras dengan Pelan Tranformasi Pihak Berkuasa Tempatan " PBT di Hati Rakyat" di mana ianya dapat merapatkan lagi hubungan dan jalinan kerjasama diantara semua pihak khususnya warga perbandaran Manjung disamping menyemai semangat usahasama dan inisiatif yang boleh dijayakan bersama Majlis Perbandaran Manjung.





Wednesday, 22 March 2017

STRUKTUR JAWATANKUASA LOCAL AGENDA 21 MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG 2017

STRUKTUR JAWATANKUASA LOCAL AGENDA 21
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG 2017


Tuesday, 21 March 2017

PRA PELANCARAN PERAK BERSIH


18 Mac 2017- Pra Pelancaran Kempen Perak Yang Bersih telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Diraja Dr Zambry bin Abdul Kadir Menteri Besar Perak. Beliau menyokong penuh hasrat kempen tersebut agar menjadikan Daerah Manjung kawasan yang bersih dan indah serta persekitaran dipandang ceria. Apabila kawasan persekitaran ceria dan bersih maka akan melahirkan komuniti yang sejahtera.




Monday, 20 March 2017

PROGRAM KOMUNITI DI ARENA SAMUDERA (MAJLIS SAMBUTAN HARI WANITA SEDUNIA 2017)


Program Komuniti Arena di Arena Samudera (Majlis Sambutan Hari Wanita Sedunia 2017) telah diadakan pada 19 Mac 2017 bertempat di Arena Samudera pada 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari.Terdapat pelbagai acara yang telah diadakan seperti pertandingan mewarna antara kelas tadika tamil Daerah Manjung, pertandingan kolam warna antara Daerah Manjung, sumbangan ikhlas warga Manjung dan pemberian bantuan warga emas.





KOTA BELANDA SALAH SATU TARIKAN DI PULAU PANGKOR




Sunday, 19 March 2017

Monday, 13 March 2017

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA SK ST.FRANCIS


Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK ST. Francis, Sitiawan dengan kerjasama pihak Majlis Perbandaran Manjung telah bersama-sama berganding bahu membuat aktiviti gotong-royong terutama memangkas dahan pokok di padang sekolah. Aktiviti tersebut dilakukan kerana pokok tersebut adalah besar dan telah berusia, Selain itu, ia terletak berhampiran pondok yang menjadi lokasi untuk murid-murid menunggu kehadiran ibu bapa penjaga selepas tamat waktu persekolahan.


Program kemasyarakatan ini selaras dengan program Local Agenda 21 (LA21) di bawah Pelan Tindakan Bersih dan Indah Majlis Perbandaran Manjung dan Majlis Masyarakat Sivil (MMS), Majlis Perbandaran Manjung di bawah Kebersihan Alam Sekitar telah diadakan pada 11 Mac 2017 (sabtu) jam 8.00 pagi bertempat di SK ST, Francis Sitiawan.