Pagi ini bertempat di Pantai Peranginan Teluk Senangin, Lumut
berlangsung program tanggungjawab sosial korporat membersih persisiran
pantai daripada sampah sarap.
Program inisiatif daripada Kilang
Camfil (M) Sdn Bhd yang berpengkalan di Bemban, Batu Gajah yang
beroperasi sebagai tred bisnes pembuatan penapis udara bagi alatan
penghawa dingin berskala besar.
Seramai 70 orang pegawai dan juga kakitangan Kilang Camfil (M) Sdn Bhd menyumbang tenaga pada program pagi ini.
Objektif program adalah membersih persisiran pantai peranginan awam
daripada sampah sarap yang telah dibuang oleh pengunjung pantai.
Program pagi ini menunjukkan betapa banyak sampah telah dibuang tanpa rasa tanggungjawab sedangkan ianya sepatutnya tidak patut berlaku.
Amat menyedihkan didapati memang terlalu banyak sampah sarap terdiri daripada bahan polistrin dan botol air plastik dapat dikutip pada program hari ini walaupun saban minggu program membersih pantai telah diadakan sebelum ini.
Bahagian Kemasyarakan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung

0 Comments:
Post a Comment