21 Jun 2019 (Jumaat), Sekolah Kebangsaan Pantai Remis (SKPR)
menganjurkan Sambutan Majlis Hari Raya Aidil Fitri 1440 H Bersama 3
Rakan Strategik Sekolah yang dianggotai oleh Majlis Perbandaran Manjung,
Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Bank Pertanian Malaysia Berhad
(Agrobank) yang berlangsung di perkarangan kompleks sekolah. Majlis
Perbandaran Manjung menghantar 3 orang wakil di ketuai oleh Encik
Mohamad Sharil Bin Salihan, Pegawai Tadbir Jabatan Pembangunan Komuniti
dan Sosial mewakili bagi pihak Yang
Dipertua Majlis, Pengurus Puan Chew dan 2 orang pegawai wakili BSN
Cawangan Ipoh dan Pengurus serta 2 orang pegawai mewakili Agrobank
Cawangan Pantai Remis sebentar tadi menambah keceriaan suasana sambutan
majlis hari raya yang dihadiri oleh 31 orang guru, 6 orang AJK PIBG
SKPR, 5 orang kakitangan sekolah, 5 orang kakitangan swasta dan 345
pelajar sekolah. Majlis ramah mesra hari raya diisi dengan program
menyantuni 11 orang pelajar anak yatim dengan penyampaian barangan
keperluan asas projek ERAT Majlis Perbandaran Manjung, RM50 seorang
dalam bentuk akaun simpanan BSN, Insuran Berkelompok Takaful Agrobank,
sumbangan wang tunai TNB Janamanjung dan sumbangan tunai peribadi Tuan
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung. Turut diselitkan majlis
perpisahan guru Puan Norizan Binti Bidin yang akan bertukar setelah
menabur bakti selama 18 tahun di SKPR. Semoga usaha murni 3 rakan
strategik SKPR dan suntikan gigih Guru Besar Encik Che Azhar Bin Ahmad
dan warga guru berwibawa SKPR dapat melahirkan pelajar-pelajar yang
cemerlang dan terbilang di masa depan.
Friday, 21 June 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment